Kurik Kundi Merah Saga | Air ini air minuman, Air letak dalam gelas; Surat ini surat kiriman, Harap juga abang balas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air keruh telaga keruh, Air di kendi membasuh kaki; Tuan jauh saya pun jauh, Sama kita menahan hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air keruh telaga keruh, Air kunyit pencuci kaki; Adik jauhabang pun jauh, Tidur seminit dimasuk mimpi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang menanam bayam, Buyung diisi di dalam loyang; Jangan diambil resmi ayam, Bertelur sebiji riuh sekampung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air tenang nampak termenung, Hendak berenang terasa takut; Kalau asal kain ditenun, Lulus jarum benang mengikut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang mudik ke hulu, Orang Cina belayar perahu; Pernahkah dengar dari dahulu, Tebu pisang gajah tak lalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang anak-anak, Sampai pasang hujung sana; Kerbau jalang baru nak jinak, Baru merapat kandang lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air surut ikan geramai, Sudah dapat ikan tenggiri; Masa hidup kita berdamai, Mati nanti seorang diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang deras ke hulu, Bila tenang dimandi budak; Kami datang pulang dahulu, Bila senang mari pulak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air cetek mencuci baju, Bangun siang menidur anak; Lama ditinggal ingatkan satu, Jangan tak hibur oranglah banyak. |