Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata air

Puisi
 

Air keruh telaga keruh,
     Air di kendi membasuh kaki;
Tuan jauh saya pun jauh,
     Sama kita menahan hati.


Lihat selanjutnya...(217)
Peribahasa

Air tuba dibalas dengan air susu.

Bermaksud :

Kejahatan dibalas dengan kebaikan. (Bandingkan dengan: Air susu dibalas dengan air tuba).

 

Lihat selanjutnya...(224)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Air susu dibalas dengan air tuba.Kebaikan dibalas dengan kejahatan. (Bandingkan dengan: Air tuba dibalas dengan air susu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air tuba dibalas dengan air susu.Kejahatan dibalas dengan kebaikan. (Bandingkan dengan: Air susu dibalas dengan air tuba).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga.Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rasam air ke air, rasam minyak ke minyak.Mencari atau kembali kepada golongannya masing-masing.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air dalam, berenang (= berkumbah); air dangkal, bercebok.Sesuaikanlah perbelanjaan menurut keadaan penghasilan kita. kumbah = mencuci dalam air.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang ombak itu ombak juga, yang air itu air juga.Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya.Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan.Membesar-besarkan perkara yang kecil. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa.Nasib manusia tidak dapat ditentukan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air mudik sungai, semua teluk diranai.Orang pemboros berbelanja tanpa perhitungan. ranai = jalani (boleh jadi ranahi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas