Air susu dibalas dengan air tuba. | Kebaikan dibalas dengan kejahatan. (Bandingkan dengan: Air tuba dibalas dengan air susu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air tuba dibalas dengan air susu. | Kejahatan dibalas dengan kebaikan. (Bandingkan dengan: Air susu dibalas dengan air tuba). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga. | Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rasam air ke air, rasam minyak ke minyak. | Mencari atau kembali kepada golongannya masing-masing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air dalam, berenang (= berkumbah); air dangkal, bercebok. | Sesuaikanlah perbelanjaan menurut keadaan penghasilan kita. kumbah = mencuci dalam air. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang ombak itu ombak juga, yang air itu air juga. | Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya. | Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan. | Membesar-besarkan perkara yang kecil. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa. | Nasib manusia tidak dapat ditentukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air mudik sungai, semua teluk diranai. | Orang pemboros berbelanja tanpa perhitungan. ranai = jalani (boleh jadi ranahi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |