Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata air botol


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Adakah penggunaan kata 'air tin' dan 'air botol' betul kerana tidak terdapat di dalam Kamus Dewan ? Terima kasih.Salam sejahtera,

Air tin dan air botol betul penggunaannya.

Sekian, terima kasih.
Istilah02.10.2017
Salam sejahtera, 1.Encik Lau (mengisi) air ke dalam botol. 2.Encik Lau (mengisikan) air ke dalam botol. 3.Encik Lau mengisi air (di) dalam botol. Adakah ayat-ayat ini betul? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah: 2. Encik Lau mengisikan air ke dalam botolTatabahasa12.10.2021
Puan/Tuan, Sila Tuan/Puan perjelaskan ayat aktif yang manakah yang betul? 11) Isikan air di dalam botol plastik. 1b) Isi air di dalam botol plastik. 1c) Isikan botol plastik dengan air. 2a) Lukis garis untuk memadankan perkataan dengan maksudnya. 2b) Lukiskan garis untuk memadankan perkaataan dengan maksudnya. 3a) Ulang langkah A dan B menggunakan bahan lain. 3b) Ulangi langkah A dan B menggunakan bahan lain. 4a) Langkah menjimatkan air 4b) Langkah penjimatan air 5a) Menjalani kehidupan harian 5b) Menjalankan kehidupan harian 6a) Mengalami selesema 6b) Menghidap selesema 6c) Mendapat selesema 7a) Apakah Jisim? 7b) Apakah itu Jisim? 8a) Penafsiran impuls oleh otak kita 8b) Pentafsiran impuls oleh otak kita Sekian, terima kasih

Yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut:

1. Isi air ke dalam botol plastik.

2. Lukis garis untuk memadankan perkataan dengan maksudnya.

3. Ulangi langkah A dan B menggunakan bahan lain.

4. Langkah-langkah penjimatan air

5. Menjalani kehidupan harian

6. Menghidap selesema

7. Apakah Jisim?  

8. Pentafsiran impuls oleh otak kita

Tatabahasa07.11.2011
Mereka membawa tikar dan beberapa botol air minuman. Penjodoh bilangan yang sesuai bagi tikar ialah helai, gelung atau keping?Penjodoh bilangan untuk tikar ialah "sehelai".Tatabahasa16.10.2023
Encik Lau menebuk lubang pada penutup botol.Beliau/dia mengisi air ke/di dalam botol. Penggunaan beliau/dia betul? Penggunaan di/ke betul? Terima kasih.Penggunaan perkataan “Beliau/Dia” “ke/di” dalam ayat “Encik Lau menebuk lubang pada penutup botol. Beliau/Dia mengisi air ke/di dalam botol.” adalah betul.Lain-lain06.12.2023
Kami ingin bertanya dengan lebih lanjut berkenaan padanan "packaged drinking water" yang dicadangkan "air minuman dalam botol". Ini kerana jika digunakan dalam ayat di bawah ini, ia tidak terhad kepada air yang dibungkus dalam botol sahaja tetapi dengan cara yang lain juga. Oleh itu, adakah boleh jika ia dipadankan dengan air minuman berbungkus atau air minuman dibungkus? “Packaged drinking water 360B. (1) Packaged drinking water shall be potable water or treated potable water, other than natural mineral water, that is hermetically sealed in bottles or other packages and is intended for human consumption. Air minuman berbungkus 360B. (1) Air minuman berbungkus hendaklah air minuman atau air minuman diperlakukan, selain air mineral semula jadi, yang berkedap dalam botol atau bungkusan lain dan dicadangkan untuk makanan manusia.”.

Terjemahan yang betul ialah Air minuman dalam botol hendaklah air yang boleh diminum atau air minuman yang dirawat selain air mineral semula jadi, yang terkedap dalam botol atau bungkusan lain, dan menjadi minuman manusia.

Penyemakan dan penterjemahan23.07.2021
Salam sejahtera, Adakah jawapan ini betul? Encik Lau mengisi botol dengan air. Ataupun ada cadangan yang lain? Terima kasih.Ayat Encik Lau mengisi botol dengan air betul.Lain-lain12.10.2021
Salam sejahtera, Adakah jawapan ini betul? Encik Lau mengisi botol dengan air. Ataupun ada cadangan yang lain? Terima kasih.Ayat yang diberikan, Encik Lau mengisi botol dengan air adalah betul.Tatabahasa12.10.2021
Dua orang budak melambaikan panji-panji.(betul@salah) dalam acara sukaneka adakah isi air dalam botol,lari ikat kaki..nama acara -acara ini betul?Ayat itu betul dan nama-nama acara sukaneka itu juga betul.Tatabahasa20.06.2011
Apakah padanan bagi "Packaged drinking water". Dalam ayat di bawah ini ia dipadankan dengan "air minuman berbungkus". Packaged drinking water 360B. (1) Packaged drinking water shall be potable water or treated potable water, other than natural mineral water, that is hermetically sealed in bottles or other packages and is intended for human consumption. Air minuman berbungkus 360B. (1) Air minuman berbungkus hendaklah air minuman atau air minuman diperlakukan, selain air mineral semula jadi, yang berkedap dalam botol atau bungkusan lain dan dicadangkan untuk makanan manusia.Padanan packaged drinking water yang sesuai ialah air minuman dalam botol.Istilah18.07.2021
12

Kembali ke atas