Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hujan (kata nama)
Kata Terbitan : berhujan, menghujani, menghujankan, kehujanan,

Puisi
 

Air dalam bertambah dalam,
     Hujan dahulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
     Luka dahulu belumlah sembuh.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tidak sama air hujan dengan air telaga.

Bermaksud :

Orang bangsawan dengan orang biasa tidak sama derajatnya (darjatnya).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Air hujan turun mencurah, Jatuh ke tanah terus ke laut; Binasa badan menahan gundah, Kasih kucurah tiada bersambut.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Musang jebat di Kampung Cik Raoh, Dari jauh disangka kucing; Hujan lebat air pun keruh, Cuba-cuba turun memancing.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Air dalam bertambah dalam, Hujan di hulu belumlah teduh; Hati dendam bertambah dendam, Dendam dahulu belumlah sembuh.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Air dalam bertambah dalam, Hujan dahulu belumlah teduh; Hati dendam bertambah dendam, Luka dahulu belumlah sembuh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hijau dada burung serindit, Kuberi makan jambu mawar; Walau setahun hujan di langit, Air di laut haram tak tawar.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Hijau-hijau si bulu serindit, Makan mari jambu mawar; Berapa tahun hujan di langit, Air di laut tidaklah tawar.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas