Tak air, hujan ditampung (= peluh diurut). | Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak sama air hujan dengan air telaga. | Orang bangsawan dengan orang biasa tidak sama derajatnya (darjatnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh. | Hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudu-sudu di tepi jalan (dipanjat kena durinya, disinggung kena rabasnya, ditakik kena getahnya). | Orang yang cerdik atau pendekar yang tak dapat dikalahkan. sudu-sudu = tumbuhan sebangsa lidah buaya; rabas = air hujan yang ada pada daunnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak beras antah dikisik. | Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). dikisik = ditumbuk perlahan-lahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah. | Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak beras antah dikisik, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung. | Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b.Tak beras antah dikisik, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). talang = sebangsa buluh yang banyak berisi air. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu. | Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak beras antah dikisik, d. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah). bercemat = menarik perahu dengan tali yang diikatkan kepada perahu itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menatang setahun hujan di langit, air di laut masakan tawar. | Nasihat yang baik takkan mengubah kejahatan yang besar. menatang = membawa di tapak tangan, menating. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |