Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hujan (kata nama)
Kata Terbitan : berhujan, menghujani, menghujankan, kehujanan,

Puisi
 

Air dalam bertambah dalam,
     Hujan dahulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
     Luka dahulu belumlah sembuh.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tidak sama air hujan dengan air telaga.

Bermaksud :

Orang bangsawan dengan orang biasa tidak sama derajatnya (darjatnya).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rainwater harvesting systemsistem penuaian air hujanAlam SekitarTiadaSistem penuaian air hujan, juga disebut sebagai sistem pengumpulan air hujan atau sistem tadahan air hujan yang merupakan teknologi mengumpul dan menyimpan air hujan untuk kegunaan manusia.
rainwater harvesttuai air hujanAlam SekitarTiadaMengumpulkan air hujan daripada bumbung dan kemudiannya disalurkan ke tangki-tangki penyimpanan air hujan sebelum digunakan.
rainwater harvesting structurestruktur penuaian air hujanAlam SekitarTiadaElemen yang diperlukan dalam sistem penuaian air hujan seperti sistem perpaipan, tangki air hujan, pam air dan sebagainya.
rooftop rainwater harvestingpenuaian air hujan bumbunganAlam SekitarTiadaKaedah mengumpulkan air hujan dari kawasan tadahan bumbung dan disimpan dalam takungan. Air hujan yang dituai dapat disimpan dalam takungan air bawah tanah dengan menggunakan teknik pengisian semula buatan untuk memenuhi keperluan isi rumah melalui penyimpanan di dalam tangki.
rainwater harvestingpenuaian air hujanAlam SekitarTiadaKaedah yang digunakan untuk mengumpul dan menyimpan air hujan daripada bumbung atau permukaan tanah, lalu disalurkan ke tempat takungan tertentu. Air hujan yang terkumpul ini boleh digunakan semula sebagai suatu sumber minuman, pengairan di taman atau kebun, serta untuk kegunaan harian seperti membasuh kereta, membekalkan air kepada haiwan ternakan dan perpaipan awam.
stormwater detentiontahan air hujanKejuruteraanTiadaAmalan menahan air hujan ke dalam takungan untuk mengurangkan aliran puncak dan kemungkinan mengurangkan kos modal sistem saliran.
storm water retentionpembendungan air hujanLandskapTiadaProses mengumpul dan membendung air hujan yang lebat supaya dapat digunakan semula.
rainwater harvesting tanktangki penuaian air hujanAlam SekitarTiadaTangki yang digunakan untuk menakung atau mengumpul air hujan.
absorption trenchparit serapKejuruteraanTiadaParit untuk pelupusan air hujan, air basuhan atau kumbahan terolah.
dumb welllubang serapKejuruteraanTiadaLubang dalam tanah untuk pelupusan air hujan, air basuhan atau kumbahan terolah. Biasanya digunakan untuk menerima efluen dari tangki septik. Sinonim: absorption pit.
12345678910...

Kembali ke atas