Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
laut (kata nama)
Bersinonim dengan lautan, selat, bahar, bahari, segara, samudera, semedera.,

Puisi
 

Cik Mat jalan melenggang,
     Dua tiga ranting patah;
Air laut sekerat pinggang,
     Buku lali haram tak basah.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Menuangkan air ke laut.

Bermaksud :

Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memberi garam kepada laut, b. Membuang garam ke laut).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
penyahgaramandesalinationProses penyingkiran garam dari air laut atau tanah untuk tujuan tertentu. Proses ini membolehkan air laut digunakan sebagai minuman, sementara tanah yang berkenaan dapat digunakan sebagai kawasan tanaman tertentu.Menengah Rendah
masinsaltyRasa seperti air laut atau garam.Sekolah Rendah
garamsaltBahan pepejal atau serbuk yang berwarna putih dan berasa masin. Garam diperoleh daripada air laut atau dari dalam tanah.Sekolah Rendah
periskopperiscopeAlat optik yang terdiri daripada satu tiub yang panjang dengan dua cermin satah yang selari di antara satu sama lain dan bersudut 45° dengan arah penglihatan. Alat ini digunakan di dalam kapal selam untuk melihat objek di atas permukaan air laut. Lihat RajahMenengah Rendah
tangki balastballast tankRuang khas pada badan kapal selam tempat air dipam masuk untuk menenggelamkan kapal tersebut, dan air ini boleh dipam keluar untuk menimbulkan kapal tersebut di permukaan laut. Lihat RajahMenengah Atas
tanah payawetlandTanah rendah yang biasanya dilitupi oleh air dari tasik, sungai atau laut yang berhampiran dengannya.Menengah Atas
algaalgaeKumpulan tumbuhan yang paling ringkas dan tidak mempunyai batang serta daun yang jelas. Alga boleh melakukan proses fotosintesis. Kebanyakan alga terdapat di dalam air, tanah dan batang tumbuh-tumbuhan. Contohnya, rumpai laut. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas