Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
laut (kata nama)
Bersinonim dengan lautan, selat, bahar, bahari, segara, samudera, semedera.,

Puisi
 

Cik Mat jalan melenggang,
     Dua tiga ranting patah;
Air laut sekerat pinggang,
     Buku lali haram tak basah.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Menuangkan air ke laut.

Bermaksud :

Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memberi garam kepada laut, b. Membuang garam ke laut).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Air laut hijau siapa celup?Kemegahan dan kemewahan tidak payah diheboh-hebohkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menuangkan air ke laut.Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memberi garam kepada laut, b. Membuang garam ke laut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Itik berenang dalam air (= di laut) mati kehausan.Menderita kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi. (Biasa juga: Itik di air mati kehausan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menatang setahun hujan di langit, air di laut masakan tawar.Nasihat yang baik takkan mengubah kejahatan yang besar. menatang = membawa di tapak tangan, menating.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya.Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut.Membesar-besarkan perkara yang kecil. (Peribahasa lain yang sama makna: Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan.Membesar-besarkan perkara yang kecil. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau.Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai [= laut]). kepala pulau = tepi sungai yang menghadap mudik, tempat batang-batang tersangkut apabila air bah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas