Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : air dan benih yg keluar ketika bersetubuh atau ketika syahwat memuncak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata air mani


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
semenair maniSains ForensikTiadaCecair keputihan yang dirembeskan oleh organ reproduktif lelaki yang biasanya mengandungi spermatozoa. Dalam pemeriksaan forensik, ujian penyaringan air mani boleh mengesan kehadiran enzim asid fosfatase dan biasanya disahkan oleh kehadiran sperma di bawah pemeriksaan mikroskop. Sinonim semen.
selective semenair mani pilihanPertanianTiadaTiada
chromospermismkromospermismePerubatanTiadaKeadaan air mani yang berwarna.
semensemenSains ForensikTiadaLihat air mani.
aspermiaaspermiaPerubatanTiadaKegagalan membentuk atau mengeluarkan air mani.
seminal acid phosphataseasid fosfatase semenSains ForensikTiadaSejenis enzim yang hadir dengan banyaknya di dalam air mani. Ahli forensik serologi menggunakan sejenis bahan uji, iaitu Brentamine Fast Blue B untuk mengesan cecair ini yang ditunjukkan melalui warna ungu. Singkatan SAP.
serologyserologiSains ForensikTiadaBidang yang mengkaji dan menganalisis cecair tubuh seperti darah, air mani dan air liur. Analisis darah merupakan kaedah yang sering digunakan dalam serologi forensik sebelum adanya teknologi DNA forensik.
ABH antigensantigen ABHSains ForensikTiadaAntigen bagi kumpulan darah A, B dan O. Antigen ABH ini dirembeskan ke dalam cecair badan seperti air liur, air mani dan air mata mengikut kumpulan darah jika seseorang itu adalah perembes. Contohnya, individu berdarah O akan merembeskan antigen H ke dalam cecair badan, sementara individu berdarah A pula akan merembeskan antigen A dan H. Perkara ini menjadi asas kepada ahli forensik serologi untuk menentukan kumpulan darah seseorang berdasarkan sampel cecair badan yang dijumpai di tempat kejadian.
fructosefruktosaKimiaBiokimiaGula ketosa yang mengandungi 6-karbon dan menghasilkan sukrosa apabila bercantum dengan glukosa. Gula ini wujud terutama di dalam buah-buahan dan madu, dan sebagai gula tunggal di dalam air mani manusia dan lembu. Gula ini mempunyai rasa yang manis dan digunakan untuk menghalang pembentukan pepasir di dalam aiskrim.
differential extractionpengekstrakan pembezaanSains ForensikTiadaProsedur pengekstrakan DNA yang bertujuan memisahkan sel sperma daripada sel lain. Kaedah ini biasa digunakan untuk memisahkan DNA sel epitelium vagina daripada sel sperma bagi kesan-kesan air mani dalam kes serangan seksual
12

Kembali ke atas