Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : air yg keluar dr mata (apabila menangis dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : air yg keluar dr mata (ketika menangis dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,


Puisi
 

Dayang Juita menanam padi,
     Rumah buruk tangga sembilan;
Air mata jatuh ke pipi,
     Macam pungguk rindukan bulan.


Lihat selanjutnya...(71)
Peribahasa

Air mata jatuh ke dalam.

Bermaksud :

Berdukacita dengan diam-diam.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud pantun di bawah ini?: Dua belas bintang di langit, Bintang diraja dari Melaka; Kata tuan pinang bergigit, Kapur bercampur air mata

Dua belas bintang di langit,

Bintang diraja dari Melaka;

Kata tuan pinang bergigit,

Kapur bercampur air mata

 

Pantun ini boleh ditemui dalam buku Kurik Kundi Merah Saga dalam bilangan 2806. Dalam buku tersebut, pantun di atas dikategorikan dalam 'Adat'. Walau pun begitu, pantun ini boleh juga dianggap sebagai pantun kiasan kerana maksud baris 'Kata tuan pinang bergigit/Kapur bercampur air mata' boleh ditafsir dalam pelbagai makna. Secara umum, KNB DBP mentafsir maksud pantun ini adalah tentang perasaan duka atau sesal yang dialami seseorang atau indivudu kerana melakukan perbuatan yang tidak berfaedah. Perbuatan mengigit pinang tentu sahaja satu perbuatan yang tidak betul kerana pinang yang mempunyai rasa yang kelat tidak dimakan. Justeru, akibat perbuatan tersebut, tentu sahaja seseorang yang mengigit pinang akan mengeluarkan air mata seperti keadaan seseorang memotong bawang. Sekian, terima kasih.

Lain-lain19.10.2009
Tuan, kata sendi nama "dari" atau "daripada" lebih sesuai digunakan dalam ayat di bawah? 1. Air mata terus merembes keluar dari/daripada mata saya. Pada saya, "mata saya" ialah sejenis tempat yang mengeluarkan air mata, jadi kata sendi nama "dari" patut digunakan. Apakah pandangan tuan?Ayat yang betul ialah Air mata terus merembes keluar daripada mata saya. Frasa mata saya merupakan sumber bagi air mata, bukannya punca tempat (negeri, bandar, pekan, kampung dan sebagainya).Tatabahasa29.11.2014
Syha Yumisyha Assalamualaikum Tuan/Puan/Cik DBP. Saya Seyha. Boleh saya pastikan daripada tuan, ejaan yang betul untuk : air mata @ airmata subuh @ Subuh zohor @ zuhur Terima kasih daun keladi.Ejaan yang betul bagi ketiga-tiga perkataan tersebut dieja dengan huruf kecil sekiranya bukan pada permulaan ayat, iaitu (1) air mata; (2) subuh dan (3) zuhurEjaan28.04.2014
1)Adakah betul penggunaan ayat seperti berikut.. Air mata terbit daripada matanya setelah dimaraji oleh gurunya? 2) Saya yakin saya dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. atau Saya yakin saya boleh mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Ayat yang betul dari segi tatabahasa adalah seperti yang berikut:

(1) Air matanya mengalir setelah dimarahi oleh gurunya. (Tidak perlu dinyatakan punca air mata kerana air mata sememangnya berpunca daripada mata dan lewah).

(2) Saya yakin saya dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. (Kata "dapat" merupakan kata bantu ragam yang menyatakan ragam perasaan  dan keupayaannya, manakala kata "boleh" juga merupakan kata bantu tetapi keadaan keupayaannya yang diizinkan, misalnya;  Shisa boleh menyertai peraduaan itu.)

Tatabahasa25.02.2009
1) Adakah Perang Badar tergolong dalam kata nama khas? 2) Aimah menghela nafas panjang. "Patah tumbuh..." Dia mengesat air mata lalu menyambung, "Hilang berganti." Soalan: Patah tumbuh hilang berganti ialah peribahasa. Sekiranya dimasukkan dalam dialog seperti di atas, adakah 'hilang berganti' ditulis menggunakan huruf kecil pada pangkalnya? 3) Ada dua cara menggunakan tanda koma melalui pembacaan saya. a) Dia suka mengemas, mencuci dan memasak. b) Dia suka mengemas, mencuci, dan memasak. Menurut Nik Safiah Karim dalam buku Bimbingan Pelajar: Bahasa Kita, ayat b yang betul. Ini bagi mengelakkan kekeliruan. Bagaimana dengan pendirian DBP sendiri. A atau b yang betul dan sekiranya jawapannya berbeza daripada Nik Safiah Karim, mohon tuan yang bijaksana jelaskan hujahnya.

1) Perang Badar ialah kata nama khas.

2) Frasa 'hilang berganti' ditulis menggunakan huruf kecil pada pangkalnya, dalam rangkaian peribahasa hanya perkataan pertama ditulis dengan huruf besar.

3) Kedua-duanya betul. Penggunaan tanda koma sebelum dan lebih kepada gaya penulisan. Lazimnya tanda koma digunakan apabila menulis perkara yang bukan daripada kategori yang sama, seperti Emak ke kedai membeli ikan, sotong, ketam, dan bakul.

Tatabahasa29.11.2011
1) Why do the mimosa feel shy? Mengapakah pokok semalu berasa malu? adakah perkataan "berasa" boleh digunakan untuk terjemahan tersebut. 2) Why do tear never run out? adakah terjemahan ini bersesuaian dengan Mengapakah air mata tidak pernah habis? 3) Why do we need to go to the toilet when we're nervous? Mengapakah kita perlu ke tandas apabila berasa gugup/ cemas/ gemmentar/ berdebar-debar? antara perkataan gugup/ cemas/ gementar/ berdebar-debar yang manakah paling sesuai?1. Perkataan berasa tidak sesuai digunakan dalam terjemahan ayat yang diberikan. Dicadangan supaya diterjemahkan kepada Mengapakah pokok semalu seakan-akan malu?

2. Terjemahan ayat yang lebih tepat ialah Mengapakah air mata tidak pernah kering?

3. Dalam konteks ayat yang diberikan, perkataan gugup, cemas, gementar dan berdebar-debar boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama.
Tatabahasa05.06.2018
While blinking, our eyelids spread tears evenly on our eyes in order to moisten the eyeballs. Terjemahan: Apabila kelopak mata berkelip, air mata akan merebak keseluruh mata untuk melembapkan bola mata. Adakah perkataan "merebak" sesuai digunakan untuk terjemahan tersebut?Jika dirujuk kepada ayat yang diberikan, perkataan yang paling sesuai bagi menggambarkan situasi tersebut ialah "merembes" yang bermaksud meresap masuk atau keluar (berkenaan benda cair).Makna27.09.2018
membasahi dan membasahkan, bagaimanakah penggunaan perkataan-perkataan ini? terima kasih

Untuk makluman saudara, membasahi ialah menyebabkan menjadi basah: air mata ~ pipinya manakala membasahkan ialah menyebabkan sesuatu menjadi basah dgn mencurah (merenjiskan dll) air: ~ rambut; ~ tekak minum air (sedikit). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Istilah28.05.2009
Salam sejahtera, Apakah perbezaan bagi penggunaan "membasahi" dengan "membasahkan"? Sekian, terima kasih.Untuk makluman saudara, membasahi ialah menyebabkan menjadi basah: air mata membasahi pipinya manakala membasahkan ialah menyebabkan sesuatu menjadi basah dengan mencurah (merenjiskan dll) air: membasahkan rambut; membasahkan tekak minum air (sedikit). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Tatabahasa16.04.2013
Saya Hayanee Salae'. sedang belajar Universiti Fatoni kelas dasar ingin bertanyakan : tentang asal usul perkataan "Bergenang" Akapah artinya dan contoh dalam Ayat. Terima kasihTiada maklumat berkaitan asal kata ‘bergenang’. Maksud kata ‘bergenang’ ialah tidak mengalir, bertakung (air), berlinang (air mata), contoh ayat: air di sawah itu bergenang.Makna25.09.2014
123

Kembali ke atas