Air mawar ialah larutan jernih dan tidak berwarna
yang diperbuat daripada bunga mawar segar dan
digunakan untuk membuat pewangi dan ubat
tertentu.
BUNGA RAMPAI, campuran beberapa jenis bunga harum yang digaul dengan hirisan daun pandan dan daun limau purut berserta pewangi seperti air mawar, minyak atar, serbuk cendana dan diukup dengan setanggi atau dian ukup.
SIRAP, minuman yang dibuat daripada gula pasir yang dimasak dengan air, pewarna merah dan daun pandan atau pewangi air mawar. Sirap juga dipanggil serbat di utara Semenanjung Malaysia. Sirap dihidangkan pada waktu kenduri, waktu berbuka puasa dan ketika tetamu datang ke rumah.
Thanks for clicking. That felt good.