Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : air yg harum baunya (dibuat drpd bunga mawar); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : air yg harum baunya (disuling drpd bunga mawar). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata air mawar

Puisi
 

Sayang pelamuk si air mawar,
     Sayang mandi di dalam cangkir;
Sudah mahu kata benar,
     Jangan janji diberi mungkir.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Burung gagak itu jika dimandikan dengan air mawar sekalipun,
     tiada akan menjadi putih bulunya.

Bermaksud :

Orang yang sudah biasa jahat itu biar bagaimanapun dinasihatkan namun tabiatnya tidak dapat dirubah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Air mawar jatuh ke laut, Gulai itik sama belangkas; Apa soalnya tidak disahut, Adinda belum tahu membalas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang pelamuk si air mawar, Sayang mandi di dalam cangkir; Sudah mahu kata benar, Jangan janji diberi mungkir.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Seri Baginda raja di Acheh, Mandi bersiram si air mawar; Sudah bertemu dengan kekasih, Racun diminum jadi penawar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hijau dada burung serindit, Kuberi makan jambu mawar; Walau setahun hujan di langit, Air di laut haram tak tawar.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Hijau-hijau si bulu serindit, Makan mari jambu mawar; Berapa tahun hujan di langit, Air di laut tidaklah tawar.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas