Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : air utk diminum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : air utk diminum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minum (kata kerja)
Bersinonim dengan meneguk, menggogok, menggelogok, menogok, menogak, menunggang, menghisap, menghirup, menyedut, menelan, menjilat, mereguk;,
Kata Terbitan : terminum, minuman, peminum,

Puisi
 

Dua tiga layar berpupu,
     Cari layar rata negeri;
Dua tiga bulan tidak bertemu,
     Minum air terasa duri.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Sambil menyelam minum air.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil berdendang, biduk hilir, e. Sambil berdiang, nasi masak, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Kamu hendak minum air teh sejuk?(atau) 2)Kamu hendak minum air teh panas? Jawapan: a)Kamu hendak minum air teh sejuk atau air teh panas? b)Kamu hendak minum air teh sejuk atau panas? *Tuan,ayat majmuk (a) atau (b) yang betul?Terima kasih.Ayat yang betul ialah:

Kamu hendak minum air teh sejuk atau panas?
Tatabahasa22.10.2015
Ayat yang manakah yang betul? 1. Dia cuba untuk minum air itu. 2. Dia cuba minum air itu. 3. Dia mencuba untuk minum air itu. 4. Dia mencuba minum air itu.Puan, keempat-empat ayat adalah betul. Akan tetapi, ayat yang lebih gramatis ialah ayat 3.Tatabahasa23.12.2014
a) Aiman minum air. b) Aiman berasa haus. Ayat Majmuk: 1) Aiman minum air kerana berasa haus. 2) Aiman minum air kerana dia berasa haus. Ayat majmuk 1 atau 2 yang betul? Mengapa? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Aiman minum air kerana dia berasa haus". Perkataan 'dia" digunakan kerana menggantikan Aiman.Tatabahasa09.10.2013
apakah perbezaan nahu bebas konteks dan nahu peka konteks? dan siapakah yang tergolong dalam penulisan sintaksis-wacana berkenaan nahu di atas?

Secara umumnya nahu bebas konteks boleh difahami dengan melihat hukum-hukum pengeluaran berkepalakan satu unsur/frasa sahaja (yakni penggantian unsur tidak bergantung kepada unsur ditepinya), manakala nahu peka bahasa boleh difahami dengan melihat contoh yang berikut: makan <benda> := makan <makanan>; dan minum <benda> := minum air | minum <minuman bergas> | minum <minuman panas> <o susu>. Untuk maklumat lanjut rujuk buku linguistik antaranya karya Chomsky.

Tatabahasa09.08.2010
Adakah ayat berikut gramatis? 1. Kita mesti banyak minum air kerana cuaca panas. 2. Kita mesti minum banyak air kerana cuaca panas. Adakah kata kerja mesti diikuti dengan kata nama? Terima kasih jawapan pihak anda.Ayat yang gramatis ialah "Kita mesti minum banyak air kerana cuaca panas". Berdasarkan contoh  ayat yang diberikan kata kerja mestilah diikuti dengan kata nama.Tatabahasa20.11.2019
Salam sejahtera Encik / Puan, Minta bantuan terangkan penggunaan tanda koma yang betul sebelum "atau" seperti dapat lihat dalam contoh berikut: Ayat yang setara (sama kelompok) 1(a). Ali bertanya Abu hendak minum air kopi, air teh, atau jus oren? atau 1(b). Ali bertanya Abu hendak minum air kopi, air teh atau jus oren? ayat tidak setara (tidak sama kelompok) 2(a). Ibu bertanya kepada adik hendak membeli kereta mainan, patung, atau buku cerita? atau 2(b). Ibu bertanya kepada adik hendak membeli kereta mainan, patung atau buku cerita? Terima kasih kerana memberi penjelasan.Penggunaan kata hubung "atau" tidak didahului dengan tanda koma, seperti ayat Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak. Hal ini berbeza dengan penggunaan kata sendi nama "dan" apabila menyenaraikan perkara yang tidak setara boleh didahului tanda koma, seperti Ayah ke kedai membeli majalah, payung, dan kasutTatabahasa04.08.2016
Ayat manakah yang gramatis dan kenapa? Kami telah memberi minum kepada kamu air yang segar atau Kami telah memberi kamu minum air yang segar
Ayat yang betul ialah kami memberi air minuman kepada kamu.
Tatabahasa23.10.2017
Terima kasih atas penjelasan tentang penggunaan ADA di depan kata kerja. Adakah ini bermakna ayat -ayat berikut betul? 1."Awak ada makan?" 2.Ali ada minum air 3. Muthu ada tidur. 3. Hasan ada mandi.Penggunaan perkataan ada di hadapan kata kerja bergantung pada kata kerja yang hadir selepas perkataan ada.  Berdasarkan contoh tersebut, penggunaan ada tidak tepat. Penggunaan perkataan yang betul ialah:

1."Awak ada makan?"
 Awak ada makanan?/ Awak sudah makan?

2.Ali ada minum air.
Ali sudah/telah minum air.

3. Muthu ada tidur.
Muthu telah/sedang  tidur.

Sila rujuk Kamus Dewan untuk makna ada.

3. Hasan ada mandi.
Hasan sudah/telah/sedang mandi.
Tatabahasa14.08.2013
Salam sejahtera..terlebih dahulu terima kasih atas jawapan-jawapan yang telah pihak DBP berikan terhadap persoalan-persoalan yang pernah saya kemukakan sebelum ini. Soalan saya mengenai golongan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif yang tidak mempunyai imbuhan. Adakah perkataan "makan" dan "minum" golongan kata kerja transitif? contohnya: i.Dia minum.(Bolehkah ayat ini dipasifkan) ii. Dia minum air. iii. Dia minum di kantin. iii. Air diminumnya. (Adakah diminum bentuk pasif?) i.Dia makan.(Bolehkah ayat ini dipasifkan) ii. Dia makan roti. iii. Dia makan di kafeteria. iv. Roti dimakannya. (Adakah dimakan itu pasif)Makan dan minum adalah kata kerja transitif. Ayat yang gramatis ialah 'Dia minum air' dan 'Dia makan nasi', kedua-dua ayat ini boleh dipasifkan. Dalam buku Tatabahasa Dewan, diterangkan ada tiga bentuk ayat pasif, yang lazim diketahui ialah ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif 'di' dan 'ke' (lihat halaman 489). Jika ayat aktif boleh diikuti oleh keterangan, begitulah juga dengan ayat pasif, contohnya: Dia minum air di kantin (aktif) boleh diubah menjadi Air diminum olehnya di kantin (pasif), contoh yang lain Dia makan roti di kafetaria (aktif), boleh diubah menjadi Roti dimakan olehnya di kafetaria (pasif).Tatabahasa17.02.2011
Salam, saya nak tanya..apa perkataan/istilah yang ssuai untuk gerai2 yang menjual minuman di tepi jalan seperti gerai air jambu, gerai air tebu dan sebagainya?Saya ingin membuat ayat, 'Dia sedang minum air tebu di tepi gerai ....'.Terima kasih.Gerai merujuk kepada kedai kecil. Oleh itu, gerai air tebu seperti yang ada di kali lima atau lokasi lain boleh digunakan.Tatabahasa17.01.2013
123

Kembali ke atas