Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : air utk diminum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : air utk diminum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minum (kata kerja)
Bersinonim dengan meneguk, menggogok, menggelogok, menogok, menogak, menunggang, menghisap, menghirup, menyedut, menelan, menjilat, mereguk;,
Kata Terbitan : terminum, minuman, peminum,

Puisi
 

Dua tiga layar berpupu,
     Cari layar rata negeri;
Dua tiga bulan tidak bertemu,
     Minum air terasa duri.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Sambil menyelam minum air.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil berdendang, biduk hilir, e. Sambil berdiang, nasi masak, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Mabuk di rumah Lelawangsa, Minum air tempayang tiga; Sepatah kata adik berkata, Itu membuat hatiku gila.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Burung tiung terlompat-lompat, Minum air dalam cerana; Hendak cium tidak bertempat, Ada tempat orang punya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dua tiga layar berpupu, Cari layar rata negeri; Dua tiga bulan tidak bertemu, Minum air terasa duri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rambut hitam berkilat-kilat, Jatuh ke bantal berlipat-lipat; Tuan laksana air yang lebat, Minum sedikit menjadi ubat.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Rapat-rapat pagar di darat, Buah kundang masak meranum; Kalau tak dapat bagai dihajat, Air Pahang saya tak minum.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sikat rambut berkilat-kilat, Tikar bantal dengan tilam; Minum sedikit menjadi ubat, Tuan laksana air nilam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas