Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : air utk diminum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : air utk diminum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minum (kata kerja)
Bersinonim dengan meneguk, menggogok, menggelogok, menogok, menogak, menunggang, menghisap, menghirup, menyedut, menelan, menjilat, mereguk;,
Kata Terbitan : terminum, minuman, peminum,

Puisi
 

Dua tiga layar berpupu,
     Cari layar rata negeri;
Dua tiga bulan tidak bertemu,
     Minum air terasa duri.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Sambil menyelam minum air.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil berdendang, biduk hilir, e. Sambil berdiang, nasi masak, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBurung tiung terlompat-lompat, Minum air dalam cerana; Hendak cium tidak bertempat, Ada tempat orang punya.
Kurik Kundi Merah SagaDua tiga layar berpupu, Cari layar rata negeri; Dua tiga bulan tidak bertemu, Minum air terasa duri.
Kurik Kundi Merah SagaRambut hitam berkilat-kilat, Jatuh ke bantal berlipat-lipat; Tuan laksana air yang lebat, Minum sedikit menjadi ubat.
Kurik Kundi Merah SagaRapat-rapat pagar di darat, Buah kundang masak meranum; Kalau tak dapat bagai dihajat, Air Pahang saya tak minum.
Kurik Kundi Merah SagaSikat rambut berkilat-kilat, Tikar bantal dengan tilam; Minum sedikit menjadi ubat, Tuan laksana air nilam.

Kembali ke atas