Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : air utk diminum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : air utk diminum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minum (kata kerja)
Bersinonim dengan meneguk, menggogok, menggelogok, menogok, menogak, menunggang, menghisap, menghirup, menyedut, menelan, menjilat, mereguk;,
Kata Terbitan : terminum, minuman, peminum,

Puisi
 

Dua tiga layar berpupu,
     Cari layar rata negeri;
Dua tiga bulan tidak bertemu,
     Minum air terasa duri.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Sambil menyelam minum air.

Bermaksud :

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil berdendang, biduk hilir, e. Sambil berdiang, nasi masak, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
baung Bj Smbekas minuman yang diperbuat daripada tempurung kelapa.Orang-orang Mumus itu naik ke rumah Datu Unduk sesudah membasuh kaki dan minum air sejuk yang diberikan di dalam baung. Mereka minum bergilir-gilir.Si GuntingGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
suki Kdbekas kecil yang dibuat daripada buluh yang digunakan untuk minum tapai.Kali ini mereka minum tapai dari suki, dengan menghisap terus air tapai dari tempayannya. Tidak lagi menggunakan gelas ataupun mangkuk.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas