Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : air naik (paras air laut yg naik); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : air yg sedang naik (ttg air laut). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata air pasang

Puisi
 

Air pasang mudik ke hulu,
     Orang Cina belayar perahu;
Pernahkah dengar dari dahulu,
     Tebu pisang gajah tak lalu.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Air surut kapar hilir bersama,
     air pasang ia tersangkut.

Bermaksud :

Di dalam usaha yang tidak menguntungkan, diajak bersama-sama, dan apabila usaha itu berhasil, ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Mohon pencerahan versi sebenar lagu kanak2 berikut Air pasang malam atau air pasang pagi atau air pasang dalam? Pokok bunga melur tanam tepi kolam atau tepi batas? Itik bertelur ayam menetas atau mengeram? Terima kasih
Untuk makluman tuan, lirik lagu kanak-kanak ini bukanlah di bawah bidang kuasa dan hak cipta DBP. Oleh itu, DBP tidak mempunyai maklumat tepat tentang  lirik lagu yang betul.  Walau bagaimanapun, kebiasaannya lirik lagu yang biasa dijumpai ialah seperti yang berikut: 

Air pasang dalam
Surut pukul lima
Nyonya bangun pagi
Siram pokok bunga

Pokok bunga Melur
Tanam tepi batas
Itik bertelur ayam menetas

Cik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit-jerit

Naik kereta api sampai Kuala Lumpur
Jumpa isteri comel terselit bawah dapur.
Lain-lain15.11.2021
Tuan/Puan, mohon terjemahan frasa "tikas air pasang biasa" dalam bahasa Inggeris. (frasa digunakan dalam konteks ukuran aras laut). Sekian, terima kasih.DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan bahasa Melayu kepada bahasa asing atau bahasa asing kepada bahasa Melayu, kecuali istilah dan perkataan yang terdapat dalam sumber rujukan kami. Penyemakan dan penterjemahan21.02.2023
Apakah maksud bahan almanak dan direktori?

Sekiranya sdr merujuk Kamus Dewan, kata almanak ialah 1. kalendar tahunan yg mengandungi senarai hari bulan dgn maklumat lain (spt terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaran bulan, dll); ~ nautika buku tahunan yg memberikan maklumat tentang bulan, air pasang surut, matahari dsb; 2. buku yg berisi penanggalan (daftar hari bulan) dan karangan yg perlu diketahui umum.

2.   Kata direktori ialah fail yang mengandungi maklumat spt nama, sifat, dan kedudukan fail yang terkandung di dalam cakera.

Makna19.06.2009
apakah maksud perkataan berikut beserta dengan contoh ayat a) pasang siap b) pasang besar c) pasang layar d) pasang turun e) pasang iklan f) pasang jagaa. pasang siap = yang dibina atau dibuat dengsn mengena-ngenakan atau mencantum-can­tumkan bahagian-bahagiannya yang telah disediakan atau dibuat terlebih dahulu.
b. pasang besar = air pasang besar pada masa bulan muda (atau penuh);
c. pasang layar = me­naikkan (mengenakan) layar
d. pasang turun = air laut (sungai) surut atau turun
e. pasang iklan =  memasukkan iklan (dalam akhbar, majalah, dan lain-lain);
f. pasang jaga =  menempatkan (mengadakan) jaga.
Makna13.02.2013
Adakah ayat-ayat ini betul? 1. Air sungai itu biasanya akan pasang pada waktu malam. 2. Cuaca pada hari ini sangat dingin sekali.

1. Betul.

Tatabahasa16.07.2010

Kembali ke atas