Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : air naik (paras air laut yg naik); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : air yg sedang naik (ttg air laut). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata air pasang

Puisi
 

Air pasang mudik ke hulu,
     Orang Cina belayar perahu;
Pernahkah dengar dari dahulu,
     Tebu pisang gajah tak lalu.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Air surut kapar hilir bersama,
     air pasang ia tersangkut.

Bermaksud :

Di dalam usaha yang tidak menguntungkan, diajak bersama-sama, dan apabila usaha itu berhasil, ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARAS LAUT

Aras laut ialah aras permukaan lautan. Ia sentiasa

berubah disebabkan air pasang dan berbeza antara

satu kawasan dengan kawasan yang lain. Min aras

laut ialah purata aras laut diukur pada suatu jangka

masa yang panjang. Ahli geografi menggunakan

min aras laut sebagai aras permulaan untuk

mengukur ketinggian atau kedalaman permukaan

bumi. Sebagai contoh, Gunung Everest, gunung

tertinggi di dunia yang terletak di Banjaran

Himalaya mempunyai ketinggian 8848 meter di

atas aras laut. Death Valley di California terletak 86

meter di bawah aras laut.

UMUM 
PESISIR LAUT

Pesisir laut ialah tempat di mana daratan dan

laut bertemu. Ia merupakan kawasan yang

sentiasa berubah. Apabila air pasang, kebanyakan

pesisir laut menjadi sebahagian lautan. Ketika air

surut, laut surut dan kawasan yang sama menjadi

sebahagian daratan semula. Tetapi selain

persekitaran yang sentiasa berubah ini, pesisir

laut menampung pelbagai jenis hidupan.

Kebanyakan organisma ini tidak hidup di kawasan

lain kecuali di sepanjang pinggir lautan.

UMUM 
SIPUT UNAM

Siput unam ialah nama biasa bagi beberapa

spesies siput kecil di pantai laut. Siput unam yang

terkenal ialah siput unam biasa di utara Eropah

dan di pantai Atlantik di Amerika Utara. Siput

unam ini melekap pada batu-batan di antara paras

air pasang dengan air surut. Cangkerangnya yang

tebal, berpilin berwarna perang kekelabuan atau

hampir hitam. Panjangnya boleh mencapai kira-kira

4 sentimeter.

UMUM 
PASANG SURUT

Pasang surut ialah turun naik paras air di

kawasan perairan yang luas mengikut jadual masa

yang tetap. Pasang surut mengawal kehidupan

orang yang tinggal di sepanjang kawasan pantai

dunia. Pasang surut juga penting bagi kanak-kanak

yang berenang di tepi pantai. Kanak-kanak akan

berenang semasa air sedang pasang dan mencari

kepah di pantai semasa air sedang surut. Pasang

surut air juga menandakan waktu bermula atau

berakhirnya bagi nelayan menangkap ikan kerana

nelayan memerlukan air pasang untuk keluar atau

masuk pelabuhan.

UMUM 
MAELSTROM

Maelstrom ialah arus yang laju dan berbahaya di

Lautan Artik. Arus ini mengalir antara dua pulau di

kepulauan Lofoten, yang berhampiran dengan

pantai barat laut Norway. Maelstrom mengancam

pelayar-pelayar selama ratusan tahun. Maelstrom

menjadi lebih berbahaya apabila angin bertiup

bertentangan dengan arahnya, di antara air pasang

dan surut. Apabila ini berlaku, air akan membentuk

pusaran yang sangat besar dan boleh

memusnahkan kapal-kapal kecil.

UMUM 
OMBAK MUARA

Ombak muara ialah air yang mengalir deras

dalam teluk atau muara disebabkan oleh pasang

surut yang cepat.

UMUM 
SUNGAI SHANNON

Sungai Shannon ialah jalan air utama di

Republik Ireland dan sungai yang terpanjang di

Kepulauan British. Ia bermula dari pergunungan

Cuilcagh di barat laut Ireland dan mengalir ke barat

daya sepanjang 370 kilometer ke Lautan Atlantik

(lihat Ireland [peta]). Tiga tasik utama iaitu Allen, Ree

dan Derg terletak di sepanjang aliran sungai. Sungai

Shannon semakin melebar di Limerick, kira-kira 110

kilometer dari muara. Pasang surut air laut berlaku

di bahagian ini di mana terdapat pelabuhan di

Limerick dan Foynes. Sungai ini menjadi jalan air

utama untuk belayar sambil bersiar-siar.

UMUM 
SUNGAI LIMPOPO

Sungai Limpopo ialah sungai utama yang

mengalir sejauh 1600 kilometer di tenggara Afrika

(lihat Afrika Selatan [peta rupa bumi]). Sungai

Limpopo berpunca dari tanah tinggi dan

memisahkan Provinsi Utara di timur laut Afrika

Selatan dari Botswana dan Zimbabwe sebelum

menyeberangi Mozambique dan masuk ke Lautan

Hindi. Rudyard Kipling menggambarkan sungai

tersebut dalam ceritanya, “The Elephants Child”,

sebagai “Limpopo yang hebat, berwarna kelabu-hijau

dan berminyak”. Ia juga dikenali sebagai Sungai

Buaya. Jarak 97 kilometer yang terakhir di hilir sungai

ini ialah kawasan air yang mengalami pasang surut.

Ke hulu dari tempat ini, sungai tersebut berubah-ubah

daripada lelehan air yang sedikit pada musim

kering sehinggalah kepada banjir yang besar pada

musim hujan. Sungai Olifants ialah cabang utama

Sungai Limpopo.

UMUM 

Kembali ke atas