Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : air naik (paras air laut yg naik); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : air yg sedang naik (ttg air laut). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata air pasang

Puisi
 

Air pasang mudik ke hulu,
     Orang Cina belayar perahu;
Pernahkah dengar dari dahulu,
     Tebu pisang gajah tak lalu.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Air surut kapar hilir bersama,
     air pasang ia tersangkut.

Bermaksud :

Di dalam usaha yang tidak menguntungkan, diajak bersama-sama, dan apabila usaha itu berhasil, ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang menanam bayam, Buyung diisi di dalam loyang; Jangan diambil resmi ayam, Bertelur sebiji riuh sekampung.
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang mudik ke hulu, Orang Cina belayar perahu; Pernahkah dengar dari dahulu, Tebu pisang gajah tak lalu.
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang deras ke hulu, Bila tenang dimandi budak; Kami datang pulang dahulu, Bila senang mari pulak.
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang tenang di hulu, Kain tudung hias di pintu; Jika terkenang masa dahulu, Jantung berperang dengan hempedu.
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang surut ke hulu, Menemui baung mati terlentang; Sudah dibawa buah mengkudu, Si baju gadung kuikut pulang.
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang mudik ke hulu, Anak baung mati terlentang; Sudah dipasang olehmu itu, Tujuh tanjung di sebalik pulang.
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang menganjur pagi, Tidaklah sempat menghanyut suntang; Sudah terlanjur main jua begini, Endaklah dapat disintak pulang.
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang matahari masuk, Banyak orang jual berangan; Jerat dipasang burung tak masuk, Burung biasa makan di tangan.
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang limpah ke pasar, Tanam pinang kelapa mati; Di manalah tuan belajar, Pandai mencari isyarat hati.
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang dua kali semalam, Ambung-ambung dari hulu; Adik datang di tengah malam, Bunga tanjung berbau dulu.
123

Kembali ke atas