Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang menanam bayam, Buyung diisi di dalam loyang; Jangan diambil resmi ayam, Bertelur sebiji riuh sekampung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang mudik ke hulu, Orang Cina belayar perahu; Pernahkah dengar dari dahulu, Tebu pisang gajah tak lalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang deras ke hulu, Bila tenang dimandi budak; Kami datang pulang dahulu, Bila senang mari pulak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang tenang di hulu, Kain tudung hias di pintu; Jika terkenang masa dahulu, Jantung berperang dengan hempedu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang surut ke hulu, Menemui baung mati terlentang; Sudah dibawa buah mengkudu, Si baju gadung kuikut pulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang mudik ke hulu, Anak baung mati terlentang; Sudah dipasang olehmu itu, Tujuh tanjung di sebalik pulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang menganjur pagi, Tidaklah sempat menghanyut suntang; Sudah terlanjur main jua begini, Endaklah dapat disintak pulang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang matahari masuk, Banyak orang jual berangan; Jerat dipasang burung tak masuk, Burung biasa makan di tangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang limpah ke pasar, Tanam pinang kelapa mati; Di manalah tuan belajar, Pandai mencari isyarat hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang dua kali semalam, Ambung-ambung dari hulu; Adik datang di tengah malam, Bunga tanjung berbau dulu. |