Jangan difikirkan air pasang saja. | Janganlah mengharapkan nasib yang baik sentiasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air surut kapar hilir bersama, air pasang ia tersangkut. | Di dalam usaha yang tidak menguntungkan, diajak bersama-sama, dan apabila usaha itu berhasil, ditinggalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa. | Nasib manusia tidak dapat ditentukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau. | Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai [= laut]). kepala pulau = tepi sungai yang menghadap mudik, tempat batang-batang tersangkut apabila air bah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |