Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : air naik (paras air laut yg naik); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : air yg sedang naik (ttg air laut). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata air pasang

Puisi
 

Air pasang mudik ke hulu,
     Orang Cina belayar perahu;
Pernahkah dengar dari dahulu,
     Tebu pisang gajah tak lalu.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Air surut kapar hilir bersama,
     air pasang ia tersangkut.

Bermaksud :

Di dalam usaha yang tidak menguntungkan, diajak bersama-sama, dan apabila usaha itu berhasil, ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
high tideair pasangSains MarinTiadaKeadaan air laut ketika berada pada tahap aras air tertinggi yang disebabkan oleh pengaruh daya graviti bulan dan matahari. Air pasang terbahagi kepada dua jenis, iaitu air pasang biasa dan air pasang tinggi. Air pasang biasa terjadi apabila kedudukan bulan atau matahari berada sejajar kedudukannya dengan bumi, manakala air pasang tinggi berlaku apabila kedudukan bumi adalah sejajar dengan bulan dan matahari. Banding air surut.
mean high water springmin air pasang tinggiSains MarinTiadaPurata ketinggian bagi dua kali air pasang berturutan dalam tempoh 24 jam dan bacaan julatnya adalah maksimum. Min air pasang tinggi ini berlaku ketika bulan berada pada fasa penuh atau fasa baharu.
high waterair pasangGeologiTiadaKeadaan air pasang apabila paras air adalah yang tertinggi.
mean high watermin air pasangSains MarinTiadaPurata perubahan ketinggian air pasang tinggi pada pasang surut yang bercampur sepanjang tempoh 19 tahun.
higher high waterair pasang tinggiMatematikTiadaAir pasang yang lebih tinggi antara dua pasang surut yang tertinggi yang berlaku di sesuatu tempat sepanjang hari qamari.
high tide markaras air pasang tinggiSains MarinTiadaSatu titik mewakili ketinggian maksimum badan air yang dapat dicapai dari daratan. Kebiasaanya tanda tersebut adalah hasil daripada banjir dan melambangkan aras pasang laut tertinggi mengikut tahun. Pengetahuan dalam aras air pasang tertinggi adalah penting untuk pelan pembangunan ekonomi di suatu kawasan.
backshorepesisir belakangSains MarinTiadaBahagian bawah pesisir yang diliputi percikan air semasa ribut kencang. Pesisir belakang pantai merangkumi buih air pasang tinggi yang terdapat di pantai kesan daripada hentaman ombak sewaktu air pasang atau ribut kuat yang jarang-jarang berlaku di kawasan tersebut.
spring tidepasang perbaniBiologiEkologiPasang surut yang terjadi semasa atau berdekatan dengan masa bulan penuh, iaitu apabila air pasang adalah tertinggi dan air surut adalah lebih rendah daripada paras minimum. Air pasang perbani terjadi setiap dua minggu. Sinonim pasang purnama.
tide waterair pasang surutGeografiTiadaTiada
high waterair pasangPerikananTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas