Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aires


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BUENOS AIRES

Buenos Aires (pend. 2 965 403; pend. kaw. met.

10 934 729) ialah ibu negara dan bandar yang

paling besar di Argentina. Buenos Aires juga

merupakan pelabuhan dan pusat perindustrian

utama Argentina.

UMUM 
PORTENOS

Portenos lihat Argentina (Cara hidup) ; Buenos

Aires (Penduduk).

UMUM 
ROSARIO

Rosario (pend. 1 079 359) ialah bandar ketiga

terbesar di Argentina. Hanya Buenos Aires dan

Córdoba mempunyai penduduk yang lebih ramai.

Rosario terletak di Sungai Paraná, di bahagian timur-tengah

Argentina [lihat Argentina (peta politik)].

Bandar ini ialah bandar pelabuhan pedalaman yang

utama dan pusat industri yang penting di Argentina.

UMUM 
RÍO DE LA PLATA

Río de la Plata ialah sebuah muara atau teluk

yang berbentuk corong, yang dibentuk oleh

Sungai Paraná dan Sungai Uruguay, di pinggir laut

tenggara Amerika Selatan. Teluk ini mengunjur ke

barat laut dari Lautan Atlantik, sepanjang lebih

kurang 270 kilometer. Air dalam jumlah yang

banyak mengalir ke teluk, dari Sungai Paraná dan

Sungai Uruguay, dan terjadilah arus yang deras.

Banyak tempat yang cetek membahayakan bot

yang belayar di sepanjang sungai. Pelabuhan

semula jadi Montevideo, di Uruguay, terletak

berhampiran muara teluk itu yang lebarnya 225

kilometer. Teluk di bahagian Argentina, iaitu di

Buenos Aires dan La Plata, limbungan kapal yang

besar telah dibina dan terusan yang dalam telah

dikorek.

UMUM 

Kembali ke atas