Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata airlah

Juga ditemukan dalam:

Puisi
 

Sungai Bintangor airlah merah,
     Tempat orang mencuci gigi;
Kalau sungguh dipanjang Allah,
     Boleh kita berjumpa lagi.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Airlah surut sampan tersekat, Kerana ke tepi ketika pasang; Hatiku hanyut badan melarat, Kerana kekasih lama tak datang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Airlah dalam bertambah dalam, Hujan di hulu belumlah teduh; Hatilah karam bertambah karam, Karam merindu orang yang jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Airlah pasang mudik ke hulu, Pasanglah dayung kiri dan kanan; Tuan seorang berbaju biru, Sekuntum bunga tergenggam di tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sungai Bintangor airlah merah, Tempat orang mencuci gigi; Kalau sungguh dipanjang Allah, Boleh kita berjumpa lagi.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Bagaimana orang tidakkan cemas, Airlah banjir melimpah tebing; Bagaimana abang tidakkan panas, Adinda menyendiri mata menjeling.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Rasa nak nangguk rasanya tidak, Hilir rakit airlah bah; Rasa nak masuk rasanya tidak, Takutlah tidur adik berubah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tidaklah dapat kuikat-ikat, Diikat dengan tali benang; Tidaklah dapat kulihat-lihat, Airlah mata jatuh berlinang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ribu-ribu dari angsana, Cincin permata jatuh ke ruang; Dendam rindu sebut namanya, Airlah mata jangan dibuang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tidak dapat direnang-renang, Air di laut datang dan hilang; Tidak dapat dikenang-kenang, Airlah mata jatuh berlinang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Di dalam belukar timbul ketam, Timbul sang helang di Tanjung Jati; Tidak lupa abang siang malam, Airlah mata jatuh ke pipi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas