Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata airlah

Juga ditemukan dalam:

Puisi
 

Sungai Bintangor airlah merah,
     Tempat orang mencuci gigi;
Kalau sungguh dipanjang Allah,
     Boleh kita berjumpa lagi.


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
surut1. kembali (ke asal dll), balik (ke belakang), mundur: kemudian mereka ~ ke belakang beberapa langkah; ~ kpd bekas isterinya telah rujuk; berlaku ~ dr dihitung kembali dr; pantang ~ pantang mundur; 2. menjadi berkurang, reda (kemarahan dll), susut: marahnya yg memuncak-muncak tadi telah ~ dlm sekejap mata; kian larut malam, kian ~ pula pertempuran itu; 3. = air ~ = pasang ~ air turun (selepas pasang atau naik): mereka berjalan-jalan di tepi sungai yg kebetulan sedang ~; akan ~ airlah gedang, akan lalu jalanlah semak prb sesuatu perkara yg serba susah (akan diteruskan susah dan akan ditarik kembali pun susah); menyuruti 1. menjadikan berkurang, me­ngurangi, menyusuti; 2. rujuk dgn isteri (yg telah diceraikan), memulangi; menyurutkan 1. menjadikan surut, menarik kembali, memundurkan, mengembalikan, meng­undurkan: pinang akan disurutkan ke tampuk, sirih akan dipulangkan ke gagang; 2. menjadikan berkurang, mengurangkan, menyusutkan: hendaklah disurutkan airnya dahulu barulah boleh dirapah; 3. mengu­rangkan (nyala api dll), meredakan (marah, nafsu, dll): air yg dijerangkannya tadi sudah menggelegak, lantas disurutkan apinya; ~ darah menenangkan fikiran (hati, perasaan); tersurut berbalik ke belakang, mundur (undur) ke belakang: sebentar itu juga ia ~ kebelakang lalu jatuh; ~ fikiran melepaskan niat; ~ hati tawar hati.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas