Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata airnya

Puisi
 

Mengkarak airnya beku,
     Anak pasung saya tekankan;
Kalau hendak tidak begitu,
     Kalau lambat saya pesankan.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Ubur-ubur airnya hitam.

Bermaksud :

Orang yang jahat nyata pada kelakuan dan perkataannya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Michael terpaksa kembali ke tanah airnya sebab tepoh perkhidmatannya di negeri ini sudah tamat. Saya ingin bertanya ayat di atas menggunakan perkataan ‘sebab’ - boleh atau tidak. Klau tidak perkataan apa yang betul. Terima kasihAyat yang betul ialah:
 1. Michael terpaksa kembali ke tanah airnya oleh sebab tempoh perkhidmatannya di negeri ini sudah tamat.
 2. Michael terpaksa kembali ke tanah airnya kerana tempoh perkhidmatannya di negeri ini sudah tamat.
Tatabahasa30.07.2018
1.apakah maksud perkataan 'tus'?
Menurut data kami, perkataan tus bermaksud bunyi seperti bunyi air menitik; mengetus mengetuskan; mengetuskan mengeringkan (beras yang dibasuh dan lain-lain) dengan membiarkan airnya menitik: agar-agar dibasuh dan direndamkan sebentar, kemudian barulah dituskan airnya; pengetus alat untuk mengetuskan (pinggan mangkuk dan lain-lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Makna18.03.2019
Apakah proses memutar kain dengan tujuan untuk mengeluarkan airnya selepas membasuh. memerah kain atau mengilas kain?Yang bersesuaian ialah memerah.Makna05.10.2010
Pulau Redang, Syurga dunia bg kalian. Tempat helang hinggap, Tanah penyu mandi. Lawat di sini, Pandainya macam perak, Airnya serupa kristal. Henti di sini, Hilanglah duka, sampailah nyaman. Tinggalkan keluh, ambillah tenang. Di sini, batin kian cerah, Di situ, sukma makin damai. Dlm syair ini adakah sst akan timbulkan salah faham? Adakah perkataan kurang sesuai?Pada pandangan kami, syair tersebut tidak menimbulkan salah faham.Sastera07.12.2016
Selamat sejahtera. Saya hendak bertanya tentang nilai murni yang terdapat dalam latihan Bahasa Malaysia UPSR. Contoh ayat: Ali akan membersihkan longkang supaya airnya tidak tertakung. Adakah nilai "Cinta akan alam sekitar" terdapat di dalam ayat ini? Terima Kasih.Soalan yang berkaitan dengan peperiksaan adalah di luar skop khidmat nasihat yang kami sediakan. Tidak ada ukuran atau ciri nilai murni dalam skop tatabahasa dan tidak juga diterangkan dalam sumber rujukan kami yang lain. Oleh itu, sila berbincang dengan guru di sekolah saudara.Lain-lain13.02.2012
Apakah maksud "Bakcak"?

Perkataan bakcak tidak ada dalam sumber rujukan kami yang ada ialah bacak perkataan Jawa yang bermaksud lunak kerana banyak airnya ataupun, basah. Bacak juga ialah perkataan Minang yang bermaksud berbintik-bintik.

Makna21.10.2009
Tuan, Soalan 1. Bukankah kata adjektif perasaan seperti cinta, marah perlu diikuti oleh kata "akan". Dalam T/B Dewan m/s 232, saya dapati ayat 83, Setiap rakyat harus cinta pada tanah airnya dan ayat 84, Ketua pejabat itu marah terhadap kecuaian keraninya. Soalan ke-2 T/B dewan m/s 201 mengelompokkan kata bertangisan sebagai perbuatan antara dua pihak atau bersalingan. Bukakah lebih sesuai sebagai perbuatan berulangan, berterusan atau berpanjangan? Harap tuan dapat jelaskan. Soalan ke-3 Adakah kini penggunaan "ia" boleh merujuk kepada benda/perkara? Terima kasih.1. Kedua-dua ayat itu betul kerana Kata Adjektif tidak dapat diikuti Kata Nama, maka Kata Sendi Nama hadir selepas kata Adjektif bagi menghasilkan ayat yang gramatis.
2. Merujuk Kamus Dewan bertangisan bermaksud saling melahirkan perasaan sedih (pilu dll) dgn mengeluarkan air mata dan sedu-sedan. Oleh itu, maksud ini selaras dengan pengelompokan dalam buku Tatabahasa Dewan. 
3. Ia, boleh merujuk kepada benda/perkara yang dibicarakan.
Tatabahasa28.02.2012
Soalan Peribahasa Pengarah syarikat itu teelah memberhentikan pekerjanya yang malas kerana melakukannya pekerjaan apabila disuruh sahaja Haifizul amat kecewa akan keputusan pperiksaannya,namun segala-galanya telah terlambat Orang ramai disarankan supaya beringat-ingat ketika berbelanja.Biarlah perbelanjaan kita berpadanan dengan pendapatan yang kita peroleh. Walaupun telah bertahun-tahun lamanya Szimaan bekerja di luar negara,akhirnya dia mengambil leputusan untuk pulang ke tanah airnya Apakah peribahasa di atas yang disenaraikan.Saa meminta bantuanUntuk makluman, tuan boleh melayari laman web www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan yang boleh menjadi kata kunci kepada peribahasa tersebut dalam ruangan "Carian Spesifik" dan klik "Cari". Tuan akan memperoleh maklumat yang diperlukan. Lain-lain10.01.2021

Kembali ke atas