Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata airnya

Puisi
 

Mengkarak airnya beku,
     Anak pasung saya tekankan;
Kalau hendak tidak begitu,
     Kalau lambat saya pesankan.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Ubur-ubur airnya hitam.

Bermaksud :

Orang yang jahat nyata pada kelakuan dan perkataannya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMengkarak airnya biru, Hanyut pasung bertari-tari; Kalau hendak tidak begitu, Cubalah langsung barang sekali.
Kurik Kundi Merah SagaMengkarak airnya beku, Anak pasung saya tekankan; Kalau hendak tidak begitu, Kalau lambat saya pesankan.
Kurik Kundi Merah SagaSungai Tompok airnya dalam, Sungguh dalam bercampur pasir; Orang Tompok banyak Islam, Sungguh Islam bercampur kafir.
Kurik Kundi Merah SagaTasik Teduh airnya tenang, Tempat pengail main rakit; Nak pilih jodoh bukannya senang, Kena fikir macam bukit.
Kurik Kundi Merah SagaTeluk Cempedak airnya biru, Tempat budak bermain air; Hatiku susah sering terharu, Nasi ditelan serasa pasir.
Kurik Kundi Merah SagaTasik Cini airnya tenang, Tempat kedidi selalu terbang; Hamba kini dalam bimbang, Akibat janji dilupai orang.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung Katung airnya biru, Tempat mengail orang Melaka; Duduk sekampung lagikan rindu, Ini pula jauh di mata.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung Katung airnya biru, Tempat orang bermain mata; Tinggal sekampung lagi dirindu, Apa lagi jauh di mata.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung Katong airnya biru, Tempatlah budak bercuci muka; Bulat sekampung menaruh rindu, Susah adinda berpandang mata.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung Bandung airnya biru, Tempat budak mencuci muka; Lagi sekampung hatiku rindu, Inikan pula jauh di mata.
123

Kembali ke atas