Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata airnya

Puisi
 

Mengkarak airnya beku,
     Anak pasung saya tekankan;
Kalau hendak tidak begitu,
     Kalau lambat saya pesankan.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Ubur-ubur airnya hitam.

Bermaksud :

Orang yang jahat nyata pada kelakuan dan perkataannya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti tebu, airnya dimakan (= ditelan), ampasnya dibuang.Dipilih yang baik dan dibuang yang buruk; gadis yang sudah dirosaki dan ditinggalkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ubur-ubur airnya hitam.Orang yang jahat nyata pada kelakuan dan perkataannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ikannya belum dapat, airnya sudah keruh.Perbuatan (= tindakan) yang tidak bijaksana.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jikalau di hulu airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga.Jikalau dari mula sudah kusut maka sukarlah untuk menyelesaikan; kalau sudah biasa jahat maka jahat juga kesudahannya. (Bandingkan dengan: Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Manusia tertarik oleh tanah airnya, anjing tertarik oleh piringnya.Orang yang berakal jauh pandangannya, orang yang bodoh hanya kepentingan dirinya sajalah yang diperlukan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tempayan yang penuh itu tidak berkocak airnya.Orang yang berilmu tidak suka bermegah-megahkan dirinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah mengilang membajak pula.Tak berhenti-hentinya bekerja; menderita kesusahan yang tak habis-habis. mengilang = menggilang tebu untuk diambil airnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepahit-pahit mambu, kelatnya menjadi obat (ubat).Kadang-kadang nasihat yang pedas mendatangkan faedah daripada pujian-pujian yang mulia. mambu (semambu) = sebangsa rotan airnya pahit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas