Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aishah

Puisi
 

Cik Aishah kerani gudang,
     Satu minggu sekali datang;
Badan kecil leher jenjang,
     Sangat rindu kalau tak pandang.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya Aishah Kareng, sedang belajar di Universiti Fatoni kelas dasar. Saya ingin bertanya DBP , perkataan "Kosa kata" berasal dari bahasa apa? dan apakah maknanya? Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang pembentukan frasa "kosa kata" dalam sumber rujukan kami.Tatabahasa22.09.2014
Aishah menyimpan sebuah cita-cita. Adakah ayat ini betul?Jawapan yang betul ialah Aishah menyimpan cita-cita.Lain-lain11.10.2021
Adakah penggunaan preposisi dari dan daripada di bawah ini tepat? 1. Dayang Aishah daripada Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi dipindah ke Bahagian Perkhidmatan untuk mengetuai Unit Lawatan. 2. Bersama ini disertakan cadangan anggaran peruntukan dari Unit Penyelidikan dan Perkamusan. 3. Turut sama hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan dari Negara Brunei Darussalam. 4. ... arahan dari Timbalan Pengetua, Pusat Sejarah Brunei. 5. Semoga mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata’ala. 6. Merujuk memorandum daripada Jabatan Perkhidmatan Awam. 7. ... disenaraikan empat orang peserta dari bahagian ini untuk mengikuti seminar ... Terima kasih.Penggunaan kata sendi nama dari dan daripada  serta pembentukan kata yang lain telah diperbetulkan dalam beberapa ayat yang tuan lampirkan.  
1. Dayang Aishah dari Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi dipindahkan ke Bahagian Perkhidmatan untuk mengetuai Unit Lawatan.
2. Bersama-sama ini disertakan cadangan anggaran peruntukan dari Unit Penyelidikan dan Perkamusan.
3. Turut sama hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan dari Negara Brunei Darussalam.
4. ... arahan daripada Timbalan Pengetua, Pusat Sejarah Brunei.
5. Semoga mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata’ala.
6. Merujuk memorandum dari Jabatan Perkhidmatan Awam...
7. ... disenaraikan empat orang peserta dari bahagian ini untuk mengikuti seminar ...
Tatabahasa06.04.2014
As salam Pn Aishah, Minta kerjasama untuk menyemak visual iklan seperti yang terlampir. Terima kasihUntuk pengesahan iklan, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, bukan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain18.04.2014
Assalamualaikum dan salam hormat..Saya Aishah abdul malek pelajar dari fakulti pendidikan UM, saya ingin mencari panel penulis dari kalangan penulis kaum india dan cina untuk kajian saya ttg cerita rakyat. Begitu juga cerita rakyat tentang orang asli dan peribumi sabah dan sarawak..bagaimana untuk saya mencari penulis ini?mohonn bantuan dari pihak DBP untuk bantuan..terima kasih

Salam sejahtera,

Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama penulis yang ada dalam senarai DBP yang mungkin boleh dijadikan rujukan untuk cerita rakyat tentang orang asli dan peribumi sabah dan Sarawak

1.     Nama: Angela Engkuan / E-mel: elaalegna@yahoo.com / No. Tel.: 013-8678087 (Sabah)

           2.     Nama: Batik Anak Bidin / E-mel: evebidin@hotmail.com  / No. Tel.: 19-8479582 (Sarawak)

3.     Nama: John Anak Empenit / E-mel: johnempenit@yahoo.com  / No. Tel.: 013-8192027 (Sarawak)

4.     Nama: Ngadit Anak Sawing / E-mel: aditpkgkapit@gmail.com / No. Tel.: 017-8567112 (Sarawak)

5.     Nama: Chong Chien Chien / E-mel: sheep7963@yahoo.com / No. Tel.: 011-15260899 (Sarawak)

Lain-lain23.01.2020
Boleh sila semak ayat serta ejaan di bawah betul atau tidak... terima kasih. ISTIADAT PELANTIKAN DAN PERTABALAN DYMM TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TUANKU AISHAH ROHANI BINTI ALMARHUM TENGKU BESAR MAHMUD PADA 14HB APRIL 2009 BERSAMAAN 18HB RABIULAKHIR 1430H DI-BALAIRONG SERI, ISTANA BESAR SERI MENANTITeks yang betul adalah seperti yang berikut : ISTIADAT PELANTIKAN DAN PERTABALAN DYMM TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, TUANKU AISHAH ROHANI BINTI ALMARHUM TENGKU BESAR MAHMUD PADA 14 APRIL 2009 BERSAMAAN DENGAN 18 RABIULAKHIR 1430H DI BALAIRUNG SERI, ISTANA BESAR, SERI MENANTI.Tatabahasa01.04.2009
berapakah caj yang dikenakan untuk menyemak ejaan bagi cetakan risalah produk racun perosak? (hanya 1 muka surat)Sila e-melkan dokumen tersebut kepada puan Putri Aishah Megar Ramli melalui e-mel aishah3@dbp.gov.my.Penyemakan dan penterjemahan17.04.2015
permohonan saya pada 27hb masih lagi dalam proses pengesahan walhal permohonan yang selepas nya telah diluluskan.Untuk semakan iklan dengan lebih cepat, tuan/puan boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan melalui talian   03-2147 9692/9500 (Puan Putri Aishah)
 
Lain-lain28.02.2017
1. Bolehkah perkataan “nya” digunakan untuk objek selain manusia? Sebagai contoh, “Walaupun rumah itu besar tetapi keadaannya sunyi”. 2. “Sejak kecil Anita lebih serong kepada bidang sukan.” Sila betulkan kesalahan dalam ayat. 3. A.Lari!Jerit kakak kepada saya. B. “Lari!”jerit kakak kepada saya. Ayat manakah yang betul? 4. “Mereka mengakui persembahan itu tahan sahaja.”. Sila betulkan kesalahan dalam ayat. 5. “Saya akan bertemu Aishah esok”, “Saya akan bertemu dengan Aishah esok”. Ayat manakah yang lebih gramatis. Sila berikan penerangan. 6.Apakah perbezaan antara “orang orang” dengan “orang-orang”? Terima kasih.

       1. Selain sebagai kata ganti nama diri manusia ketiga, kata –nya boleh berfungsi sebagai kata pascakata (kata penekan dan kata pembenda).  Rujuk tatabahasa Dewan halaman 295-296.   2.   Sejak kecil Anita lebih cenderung kepada bidang sukan.   3.   “Lari!” jerit kakak kepada saya.  4.   Saya akan bertemu dengan Aishah esok. 5. Ejaan yang betul ialah orang-orang.

Tatabahasa31.12.2014
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Jangan membaca buku dalam cahaya yang malap. 2. Jurulatih melatih kami dengan tegas. 3. Bahan yang mudah meletup mesti dijauhi daripada api. 4. Kerusi-kerusi di dalam dewan telah disusun memanjang. 5. Dia menamakan kucingnya Si Comel. 6. Para penjaja takut akan Mak Cik Aishah yang suka menawar. 7. Pekerja itu didapati berniat menderhaka kepada / terhadap majikannya. 8. Mereka mengasingkan buah catur putih daripada / dengan buah catur hitam. Terima kasih.Berikut merupakan ayat yang betul setelah pindaan dibuat.

1. Jangan membaca buku dalam cahaya yang malap.
2. Jurulatih melatih kami dengan tegas.
3. Bahan yang mudah meletup mesti dijauhi daripada api.
4. Kerusi-kerusi di dalam dewan telah disusun memanjang.
5. Dia menamai kucingnya Si Comel.
6. Para penjaja takut akan Mak Cik Aishah yang suka menawar.
7. Pekerja itu didapati berniat menderhaka terhadap majikannya.
8. Mereka mengasingkan buah catur putih dengan buah catur hitam.
Tatabahasa04.03.2013
12

Kembali ke atas