Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ais.krim] | اءيسکريم

Definisi : sj penganan manis yg sejuk (dibuat drpd campuran berbagai-bagai bahan dan dibekukan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ais.krim] | اءيسکريم

Definisi : penganan yg manis dan sejuk (dibuat drpd susu dan dicampur dgn berbagai-bagai bahan lagi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aiskrim


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AISKRIM

Aiskrim ialah makanan beku yang popular.

Secara tradisional, ia dibuat daripada produk susu,

gula, dan air. Tetapi di beberapa buah negeri,

minyak sayur-sayuran seperti minyak sawit, minyak

kelapa, minyak kacang, dan minyak biji sesawi,

boleh digunakan sebagai ganti lemak tenusu.

UMUM 
TENUSU

Tenusu ialah satu cabang pertanian yang berkaitan

dengan pengeluaran susu, mentega, susu sejat,

aiskrim, keju, dan keluaran susu kering. Penjagaan

dan penternakan lembu tenusu juga termasuk dalam

cabang pertanian ini. Tenusu diusahakan di

kebanyakan negara. Denmark, Perancis, Itali, New

Zealand, dan Switzerland merupakan negara yang

terkenal dengan keluaran tenusu.

UMUM 
MESIN LAYAN DIRI

Mesin layan diri ialah mesin yang

mengeluarkan produk atau perkhidmatan apabila

duit, token, kad, atau kunci dimasukkan ke

dalamnya. Mesin layan diri mendispens pelbagai

jenis barang jualan seperti gula-gula, rokok, kopi,

aiskrim, dan minuman ringan. Sesetengah mesin

layan diri boleh digunakan 24 jam sehari.

UMUM 
MINYAK KELAPA SAWIT

Minyak kelapa sawit, yang dibuat daripada

buah kelapa sawit, adalah satu daripada minyak

sayur yang paling meluas digunakan di dunia.

Hanya minyak kacang soya dikeluarkan dengan

lebih banyak. Pengeluaran minyak kelapa sawit di

dunia berjumlah hampir 13 juta tan metrik setiap

tahun. Minyak kelapa sawit digunakan dalam

keluaran seperti aiskrim, minyak masak, marjerin,

dan sabun.

UMUM 
SUSU MENTEGA

Susu mentega ialah cecair putih yang tinggal

selepas krim digodak untuk dibuat mentega. Susu

mentega asli manis dibuat daripada krim segar

yang telah disejukkan dan digodak. Susu mentega

asli masam dibuat daripada krim yang telah

dimasamkan dengan menambah bakteria

penghasil asid laktik, yang dinamakan pemula.

Susu mentega asli tidak tahan disimpan sebagai

minuman segar. Tetapi susu mentega asli manis

kadangkala dikeringkan menjadi serbuk dan

digunakan secara komersial dalam memasak,

membakar dan membuat aiskrim.

UMUM 

Kembali ke atas