Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ja/] | اجق

Definisi : mengajak 1. menjemput (mempelawa dsb) seseorang dll supaya turut pergi atau datang ke sesuatu tempat (menghadiri sesuatu dsb) atau turut melakukan sesuatu, men­jemput, menyarankan kpd (utk berbuat se­suatu), menganjurkan, menjemput (makan dsb): Malaysia telah ~ Filipina berunding mengenai Sabah; ia ~ isterinya berpindah ke Brunei; Hasnah ~ saya ke majlis hari jadinya; dia ~ kami makan; 2. membang­kitkan hati (utk melakukan sesuatu), men­cabar (utk): ~ berdebat; ~ bertumbuk; ajakan pelawaan atau jemputan utk turut serta melakukan sesuatu (pergi atau datang ke sesuatu tempat dll), saranan, pelawaan (baik berupa jemputan atau cabaran); pengajak orang yg mengajak, pendorong, perangsang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ja/] | اجق

Definisi : Mn sama dgn, seakan-akan, seperti; mengajakkan 1. menyifatkan (memandang) spt; 2. menunjukkan (menggayakan) cara membuat atau melakukan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ja/] | اجق

Definisi : ; ~-~ ayam pelawaan yg tidak sungguh-sungguh. mengajak 1 meminta atau menyilakan seseorang supaya turut pergi atau datang ke sesuatu tempat; mempelawa; mengundang: Kerana hujan lebat, dia ~ saya naik ke rumahnya. 2 memberi perangsang supaya mahu melakukan sesuatu: ~ berkelahi. ajakan 1 kata-kata atau perbuatan utk mengajak; undangan. 2 anjuran atau permintaan supaya berbuat sesuatu: ~nya tidak dipedulikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ajak

Puisi
 

Dayang-dayang sedang menari,
     Sekalian kadam petik kecapi;
Doa adik lebihlah lagi,
     Saya ajak abang sendiri.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
-some asuf a group of, serangkai: ask one more person to make a four~, ajak seorang lagi supaya menjadi empat serangkai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
only7. (used to emphasize the appropriateness of an action or behaviour) memang: it is ~ fair to give some time to think about it, memanglah wajar dia diberi masa utk memikirkan; it is ~ natural for you to feel this way, memang biasa kalau kamu berasa begini; it is ~ polite, eloklah: please ask him in; it’s ~ polite, eloklah kita ajak dia masuk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
well1d. reasonably, wajar, sewajarnya: most people are unhappy with the outcome. Indeed, one might ~ query the validity of the referendum, considering the irregularities that occurred, kebanyakan orang tdk puas hati dgn keputusannya. Sebenarnya, sah atau tdk pungutan suara ini wajar dipersoalkan, memandangkan ada perkara yg tdk menurut peraturan yg telah terjadi; you’d better ask him in. We can’t very ~ leave him standing outside in the rain, ajak sajalah dia masuk. Tdk wajar kita membiarkan dia kehujanan di luar; he is treated with respect, as ~ he might be, dia diperlakukan dgn hormat, spt sewajarnya; you may ~ ask!, (colloq) bukan kamu saja yg ingin tahu!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas