Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ja.kan]/[a.ja/.kan] | اجقن

Definisi : pelawaan atau jemputan utk turut serta melakukan sesuatu (pergi atau datang ke sesuatu tempat dll), saranan, pelawaan (baik berupa jemputan atau cabaran); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ja.kan]/[a.ja/.kan] | اجقن

Definisi : 1 kata-kata atau perbuatan utk mengajak; undangan. 2 anjuran atau permintaan supaya berbuat sesuatu: ~nya tidak dipedulikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ajakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah ayat ajakan tergolong dalam kategori ayat perintah?Adakah maksud tuan Ayat permintaan? Dalam bahasa Melayu ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta, dan tolong, dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Bentuk ayat ayat permintaan biasanya tidak membawa pengertian negatif, sebagaimana ayat larangan.

 Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintahditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau, dan sebagainya yang biasanya digugurkan berdasarkan perkataan yang digunakan, ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis berikut: (i) Ayat suruhan (ii) Ayat larangan (iii) Ayat silaan (iv) Ayat permintaan
Lain-lain01.05.2018
Cikgu, Dr. Awang Sariyan dalam bukunya, Tuntunan Bahasa, pernah mengatakan bahawa "mahu" digunakan untuk menyatakan keinginan diri akibat ajakan orang lain; "hendak" digunakan untuk menyatakan keinginan diri tanpa ajakan orang lain. Benarkah adanya perbezaan ini?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "mahu" bermaksud i. suka akan, suka hendak, bersedia akan ii. hendak, akan. "Hendak" pula bermaksud i. berhasrat akan, ingin akan ii. akan, bermaksud akan, mahu iii. untuk. Berdasarkan maksud yang diberikan, terdapat maksud yang sama pada kedua-dua perkataan.


Bagi aspek linguistik, buku Datuk Dr. Awang Sariyan boleh dijadikan sebagai panduan.
Tatabahasa08.03.2015
Apakah beza diantara perkataan MARI, AYUH, JOM. Terima Kasih. بوداياكن توليسن جاوي، مرتبتكن بهاس ملايو.

Mari, ayuh dan jom ialah kata ajakan untuk mengajak orang berbuat sesuatu yang digunakan dalam ayat ajakan

Tatabahasa17.08.2021
maksud tantanganAntara maksud tantangan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah ajakan berkelahi (berperang dll). Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari laman sesawang DBP, klik pada carian spesifik perkataan yang ingin diketahui makna.Makna04.03.2009
Kosa kata dialek seperti perkataan “jom” dikatakan bahasa Melayu rendah. Benarkah?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, jom ialah kata ajakan yang berasal dari Negeri Kedah. Perkataan ini boleh digunakan dan tidak pernah dikategorikan sebagai bahasa Melayu rendah.Ejaan07.01.2013
Salam Sejahtera, Mohon untuk dapatkan pandangan mengenai penggunaan perkaataa Jom untuk promo contoh : Jom Cuti-Cuti Malaysia Adaka ianya boleh digunakan sebagai ayat untuk mempromosikan produk. TKasihPerkataan "jom" ialah kata ajakan.  Oleh itu, perkataan "jom" boleh digunakan untuk mempromosikan produk. Contoh: "Jom Cuti-cuti Malaysia".Lain-lain04.02.2021
Apakah perbezaan/maksud sebenar tantangan dan tentangan? Contoh; Tantangan/Tentangan daripada pihak lawan begitu kuat; Ahmad akan bertantang/menentang Ali di Liga Bola Sepak. Harap diperjelas, terima kasih.Menurut data kami, maksud tantangan ialah ajakan untuk berkelahi dan sebagainya; cabaran manakala tentangan merujuk  usaha atau apa-apa yang dilakukan untuk menentang: Pasukan Jerman Barat telah memberikan ~ yang hebat kepada pasukan Argentina dalam pertandingan bola sepak Piala Dunia.Makna25.11.2015
Bolehkan pihak tuan mencadangkan nama program Larian Jom ! Kitar Semula tersebut bagi tujuan hebahan dan promosiNama yang betul ialah Larian Kitar Semula 2013. Perkataan "jom" ialah kata ajakan dan tidak sesuai dimasukkan dalam nama larian tersebut. Walau bagaimanapun, perkataan tersebut boleh digunakan dalam iklan program tersebut untuk menggalakkan orang ramai menyertai larian tersebut. Contohnya: Jom sertai larian!Tatabahasa25.01.2013
jabatan saya akan mengadakan program Larian Jom ! Kitar Semula 2013. Boleh kah menggunaan perkataan Larian Jom! Kitar Semula digunakan?Nama yang betul ialah Larian Kitar Semula 2013. Perkataan "jom" ialah kata ajakan dan tidak sesuai dimasukkan dalam nama larian tersebut. Walau bagaimanapun, perkataan tersebut boleh digunakan dalam iklan program tersebut untuk menggalakkan orang ramai menyertai larian tersebut. Contohnya: Jom sertai larian!Tatabahasa25.01.2013
1. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "pencetakan " dan "percetakan" dalam bentuk ayat ? 2. Bolehkan perkataan jemputan digunakan bagi menggantikan undangan ? Sekian, terima kasih.Percetakan ialah tempat (syarikat perniagaan) yang mencetak buku, manakala pencetakan ialah kerja-kerja (proses, urusan) mencetak. Jemputan sama maksudnya dengan ajakan dan undangan.Tatabahasa18.01.2012
12

Kembali ke atas