Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ja.kan]/[a.ja/.kan] | اجقن

Definisi : pelawaan atau jemputan utk turut serta melakukan sesuatu (pergi atau datang ke sesuatu tempat dll), saranan, pelawaan (baik berupa jemputan atau cabaran); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ja.kan]/[a.ja/.kan] | اجقن

Definisi : 1 kata-kata atau perbuatan utk mengajak; undangan. 2 anjuran atau permintaan supaya berbuat sesuatu: ~nya tidak dipedulikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ajakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shynessmaluPsikologiPsikologi UmumKecenderungan individu untuk mengelakkan diri daripada orang lain di samping wujudnya perasaan penyekatan sosial. Individu yang mempunyai sifat ini biasanya sukar untuk bertentang mata, bercakap perlahan dan tidak begitu berminat terhadap ajakan untuk bersembang. Malu yang teruk boleh membawa kepada kecelaruan psikologi seperti kemurungan, kesunyian, ketakutan, kebimbangan sosial dan rendah penghargaan kendiri. Individu ini biasanya kurang kemahiran sosial dan sering berasa bimbang sehingga membuatkan mereka kadangkala gugup apabila bertemu dengan orang lain, terasa diketepikan dan terlalu menyalahkan diri sendiri.

Kembali ke atas