Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.jal] | اجل

Definisi : batas hidup yg telah ditentukan oleh Tuhan, saat atau ketika mati, janji (akan mati): sebelum ~ berpantang mati; sudah sampai ~nya sudah sampai ketikanya ia mati; mene­mui ~ mati; menghadapi ~ menghadapi saat-saat akan mati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.jal] | اجل

Definisi : 1 had atau batas hidup yg telah ditetapkan Allah: Berpantang mati sebelum ~. 2 kematian; maut: menemui ~ mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ajal

Puisi
 

Kalau pasang air di laut,
     Mahukah kita kail gelama? Sampai hukum ajal dan maut,
Mahukah kita mati bersama?


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Geruh luka ajal mati.

Bermaksud :

Untung baik luka saja; untung tak baik, mati. geruh = sial, malang.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NOVALIS

Novalis (1772–1801) ialah nama pena Friedrich von

Hardenberg, penyair romantik Jerman. Lima buah

puisi oleh Novalis, yang berjudul Hymns to the Night

(1800), menerangkan kealiman, sifat mistik, dan

harapannya untuk menemui ajal. Dalam esei

Christianity or Europe (1799), Novalis cuba

menunjukkan bahawa manusia menjalani kehidupan

yang lebih bermakna dalam kesatuan spiritual Zaman

Pertengahan Katolik daripada zamannya. Ini menjadi

tema romantisisme Jerman. Dia meninggal dunia

sebelum menghabiskan novelnya, Heinrich von

Ofterdingen.

UMUM 
DEMAM CAMPAK

Demam campak ialah sejenis penyakit yang

mengakibatkan ruam di seluruh tubuh. Penyakit ini

ialah satu penyakit yang sangat mudah berjangkit

(boleh berjangkit melalui sentuhan). Lazimnya

penyakit ini berlaku pada kanak-kanak tetapi orang

dewasa juga boleh dijangkiti. Di negara maju

hanya segelintir  yang dijangkiti penyakit

itu menemui ajal. Walau bagaimanapun, penyakit

ini boleh menyebabkan kematian kepada ramai

kanak-kanak yang kekurangan zat makanan di

negara membangun. Nama perubatan untuk

penyakit campak ialah rubeola. Campak Jerman,

yang dikenali sebagai rubella sebenarnya ialah

sejenis penyakit yang berlainan, tetapi mempunyai

tanda-tanda awal yang serupa.

UMUM 
ROBESPIERRE

Robespierre (1758–1794) ialah pemimpin Revolusi

Perancis (1789–1799) yang paling terkenal dan penuh

kontroversi.

Robespierre (1758–1794) ialah pemimpin Revolusi

Perancis (1789–1799) yang paling terkenal dan penuh

kontroversi. Atas nama demokrasi, dia membantu

mewujudkan Zaman Kezaliman, iaitu beribu-ribu

orang dibunuh kerana disyaki sebagai penentang

revolusi. Robespierre sendiri ditakdirkan menemui

ajal menerusi cara yang sama.

UMUM 

Kembali ke atas