Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.jal] | اجل

Definisi : batas hidup yg telah ditentukan oleh Tuhan, saat atau ketika mati, janji (akan mati): sebelum ~ berpantang mati; sudah sampai ~nya sudah sampai ketikanya ia mati; mene­mui ~ mati; menghadapi ~ menghadapi saat-saat akan mati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.jal] | اجل

Definisi : 1 had atau batas hidup yg telah ditetapkan Allah: Berpantang mati sebelum ~. 2 kematian; maut: menemui ~ mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ajal

Puisi
 

Kalau pasang air di laut,
     Mahukah kita kail gelama? Sampai hukum ajal dan maut,
Mahukah kita mati bersama?


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Geruh luka ajal mati.

Bermaksud :

Untung baik luka saja; untung tak baik, mati. geruh = sial, malang.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dance of deathtarian ajalKesenianTiadaTema ngeri daripada Zaman Pertengahan Eropah yang memaparkan kerangka manusia mengiringi jasad manusia yang mati.
anticipatory grievingkehibaan antisipatoriGerontologiTiadaPerasaan sedih yang dirasai sebelum kehilangan sebenar sesuatu yang bernilai. Contohnya, kesedihan yang dialami apabila orang tersayang mengalami keadaan tenat dan akan menemui ajal.
anticipatory grievingkedukaan antisipatoriJururawatKejururawatan Klinikal

 Perasaan sedih yang dirasai sebelum kehilangan sebenar sesuatu yang bernilai. Contohnya. kesedihan yang dialami apabila orang tersayang mengalami keadaan tenat dan akan menemui ajal.

bai‘ bithaman ajil (BBA)bai‘ bithaman ajil (BBA)Perniagaan IslamTiadaAkad jual beli aset dengan pembayaran dibuat secara tertangguh atau ansuran serta harga jualan ditentukan dalam tempoh yang telah dipersetujui. Jual beli ini biasanya bagi urus niaga jualan kredit jangka panjang seperti rumah dan tanah. Jual beli diakadkan setelah kedua-dua pihak bersetuju dengan tempoh bayaran balik dan harga. Bai‘ ini juga dikenali sebagai bai‘ muajjal atau bai‘ ajal. Lihat juga thaman.

Kembali ke atas