Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar sl orang Islam yg bukan bangsa Arab, mis orang Islam di Iran, Turki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ajam


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAHARWARDIY, IBN HABASH AL-

Saharwardiy, Ibn Habash al- (549–586 H. / 1155–

1191 M.), ahli falsafah dan penyair. Nama penuhnya

ialah Abu al-Futuh Yahya ibn Habash ibn Amirik yang

terkenal dengan gelaran Shihabuddin al-Saharwardiy.

Dia lahir di Saharward, sebuah perkampungan

Zanjan di Iraq al-’Ajam (Iran Lama). Ahli sejarah

berselisih pendapat dalam menentukan tarikh

kelahirannya dengan tepat.

UMUM 
SURAH TAHA

Surah Taha ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-20 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 135 ayat.

Terdapat pelbagai pendapat mengenai sebab nama

surah ini diberikan. Pendapat pertama mengatakan

bahawa ia seperti surah yang lain yang pada

permulaannya terdapat ungkapan Ha Mim atau

Lam Mim dan lain-lain. Pendapat kedua

mengatakan bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w.

sembahyang dengan mengangkat sebelah kakinya

dan menetapkan yang sebelah lagi, maka Allah

S.W.T. menurunkan ayat, Taha, bermakna

“Rendahkanlah dirimu ke bumi dengan kedua

belah kakimu”. Pendapat ketiga mengatakan Taha

adalah perkataan daripada bahasa ajam (bukan

Arab) yang bermaksud “Wahai lelaki”. Pendapat

yang akhir mengatakan bahawa Taha merupakan

salah satu daripada nama-nama Nabi s.a.w.

UMUM 

Kembali ke atas