Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.jir] | اجير

Definisi : Ar orang upahan, buruh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ajir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ajir mushtarakpekerja awamPerniagaan IslamTiadaPekerja upahan yang tidak dihadkan untuk individu tertentu. Pekerja awam berhak mendapat bayaran upah setelah kerjanya selesai dilaksanakan. Ajir mushtarak ini boleh bertukar menjadi ajir khass sekiranya diupah oleh pengupah bagi melakukan sesuatu kerja tertentu untuk kepentingan pengupah dalam tempoh waktu yang telah dipersetujui bersama.
ajir khasspekerja khas/pekerja khususPerniagaan IslamTiadaPekerja upahan bagi suatu tempoh tertentu. Pekerja khas boleh menerima bayaran upah setelah bersedia dan pekerja tersebut dianggap sebagai pemegang amanah kepada majikannya dan tidak menanggung kerosakan yang berlaku melainkan berlaku kecuaian atau tindakan tanpa kebenaran.

Kembali ke atas