Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ju/] | اجوق

Definisi : ; mengajuk memperolok-olok atau me­ngejek (dgn meniru cakap atau tingkah laku seseorang): ia menjerit-jerit menurut cara­nya sendiri yg tidak dapat diajuk orang; tidak baik ~ orang tempang berjalan; ajukan perihal mengajuk, ejekan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ju/] | اجوق

Definisi : ; mengajuk 1. menduga (dalamnya laut dll): dalam laut boleh diajuk, dalam hati siapa tahu; 2. menguji utk mengetahui isi hati (perasaan, fikiran): dlm mengkaji ini­lah terkeluar kata-kata ~, duga-menduga; ajukan dugaan, ujian, terkaan; keajukan diketahui dalam (isi hati, perasaan); dalam sudah ~, dangkal sudah keseberang­an prb telah diketahui benar isi hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ju/] | اجوق

Definisi : ; mengajuk meniru tingkah laku atau percakapan orang (utk mengejek dsb): Budak nakal itu suka ~ cara orang tempang itu berjalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ajuk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong jelaskan secara terperinci mengenai 'cakap ajuk dan cakap pindah'.

Cik Puan Zafirah,

Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur.

Contoh:

      Saya sudah membuat kerja itu. 

     Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk)

Perhatikan, tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda petik (dailog) bagi menunjukkan ujaran.

2.   Dalam cakap pindah pula, kita melaporkan apa yang dipercakapkan,   tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut:

   Contoh:

   Cakap ajuk  :  "kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali.

  Cakap Pindah : Pak Ali mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia. 

 

Tatabahasa31.05.2009
Sila beri tunjuk ajar bagi cakap pindah dan cakap ajuk. (1)"Jangan datang ke sini!" tengking lelaki itu kepada pengemis tua. Cakap Pindah: Lelaki itu menenking pengemis tua supaya jangan datang lagi ke situ. Perkataan" sini" tukar "situ" (2)Ibu melarang Kamil bermain di tepi sungai itu. Cakap Ajuk: "Jangan bermain di tepi sungai itu" kata ibu kepada Kamil. Perkataan" itu" tidak ditukar. Cakap ajuk tukar ke cakap pindah perlu menukar sesetengan perkataan. Tetapi cakap pindah menukar ke cakap ajuk tidak perlu ditukar?

Untuk makluman:
 
1. Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur
.

Contoh lain:

      Saya sudah membuat kerja itu.

     Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk)

Perhatikan, tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda petik (dailog) bagi menunjukkan ujaran.

2.   Dalam cakap pindah pula, kita melaporkan apa yang dipercakapkan,   tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut. 

   Contoh lain:

   Cakap ajuk  :  "kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali.

   Cakap Pindah : Pak Ali mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia.
Tatabahasa11.10.2015
cakap ajuk “Bila engkau pulang dari luar negeri?”tanya Amin kepada Ahmad. cakap pindahnya bagaimana?Cakap pindah ayat tersebut ialah Amin bertanya kepada Ahmad tarikh Ahmad pulang dari luar negeri.Tatabahasa22.09.2016
cakap ajuk “Bila engkau pulang dari luar negeri?”tanya Ali kepada Abu. cakap pindahnya bagaimana?Ali menanyai Abu tarikh kepulangannya dari luar negara.Tatabahasa20.09.2016
Bagaimana cara menulis tanda baca pembuka dan penutup kata, bagi cakap ajuk yang bersambung dalam beberapa perenggan? T kasih.Tanda petik digunakan untuk mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis. Contoh: "kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali.
Bagi cakap ajuk yang bersambung dalam beberapa perenggan, cara penulisan adalah sama yakni perlu ada tanda petik di awal dan penutup kata seperti contoh yang diberikan di atas.
Ejaan02.08.2012
Dalam cakap ajuk, harus meletakkan koma atau noktah di hujung ayat? Misalnya:- "Cuci baju kamu," arah ibu kepada Amin. "Cuci baju kamu." arah ibu kepada Amin.Tanda koma perlu diletakkan di hujung ayat, contohnya  "Cuci baju kamu," arah ibu kepada Amin.Lain-lain27.10.2015
Apakah perbezaan cakap ajuk yang menggunakan "...." (noktah sebelum penutup pengikat kata) dan "...," (koma sebelum penutup pengikat kata)?Penggunaan tanda petik dalam cakap ajuk yang betul ialah tanda koma sebelum penutup pengikat kata seperti dalam ayat yang berikut:

"Bila sampai?" tanya Husin.
"Kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali.
"Cuci baju kamu," arah ibu kepada Amin.
Tatabahasa14.10.2017
Salam Satu Malaysia, 1. Kata ganti nama diri kami atau kita yang sesuai digunakan dalam ayat kata ajuk di bawah?Tolong beri penjelasan.Pertanyaan anda tidak mengemukakan ayat ajuk yang mengandungi kata ganti nama diri kami atau kita.Tatabahasa19.04.2017
Salam, apakah tajuk/istilah yang sesuai untuk ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah? Ayat tanya, ayat perintah, ayat penyata, ayat seruan - Jenis ayat Ayat aktif dan ayat pasif - Ragam ayat Ayat susunan biasa dan ayat songsang - Bentuk ayat Terima kasih.Ayat cakap ajuk dan cakap pindah termasuk dalam kaegori ayat penyata.Tatabahasa01.06.2016
Soalan tentang cakap pindah tukar kepada cakap ajuk Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon. Jawaban:“Ketahuilah bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon,” kata guru itu. Kenapa saya tidak boleh menulis 'dunia pada hari itu semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon,' kata guru ini

Untuk makluman:
 
1. Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur.

Contoh:

      Saya sudah membuat kerja itu.

     Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk)

Perhatikan tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda petik (dailog) bagi menunjukkan ujaran.

2.   Dalam cakap pindah pula, kita melaporkan apa-apa yang dipercakapkan, tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut. 

   Contoh:

   Cakap ajuk:  "Kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali.

   Cakap Pindah: Pak Ali mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia.

Cakap pindah yang boleh digunakan bagi cakap ajuk seperti pertanyaan puan ialah Guru menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon. 
Tatabahasa08.01.2021
123456

Kembali ke atas