Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep anak: Abon ~ Jatim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah kr itu konsonan bergabung. Jadi aiskrim ialah [ais.krim] mengikut DBP online. Tapi kenapa akronim ialah [ak.ro.nim] bukan [a.kro.nim] mengikut DBP online? Terima kasih.Pihak kami telah mengemukakan soalan ini kepada bahagian yang berkaitan. Sebarang maklum balas lanjut akan dimaklumkan kepada pihak tuan/puan melalui e-mel.Lain-lain19.08.2021
Salam sejahtera. Saya ingin menanya tentang pola gabungan konsonan-vokal yang betul bagi perkataan 'akhir'. Adakah pola yang betul ialah (i) atau (ii) di bawah? (i) akhir = ak + hir = VK + KVK (ii) akhir = a + khir = V + KVK Terima kasih.Pemenggalan kata "akhir" yang betul ialah a + khir.Tatabahasa25.12.2013
Apakah terjemahan bagi perkataan bahasa inggeris a. istilah kejuruteraan: "flanges" "gauge" istilah MS ISO 9001 "traceability" "requirements"

Puan Rozita,

Istilah bagi flange ialah bebibir, gauge ialah tolok, traceability ia;ak keupayaan mengesan dan requirements ialah keperluan.

Istilah04.10.2010
konsep pembelajaran

Assalamualaikum

Secara amnya pembelajaran adalah proses memahami sesuatu yang sebelumnya kita tidak tahu atau faham. Contohnya

(i)   Sebelum belajar kita tidak tahu (faham), tetapi bila telah belajar kita tahu (faham).

(ii)  Sebelum belajar kita tidak boleh buat sesuatu tetapi setelah belajar kita boleh buat.

Jika perkara (i) dan (ii)  di atas berlaku maka proses pembelajaran telah berlaku. Jika sebaliknya iaitu,

(iii) Sebelum belajar kita tak tahu (faham), tetapi selepas belajar kita tmasih ak tahu (faham).

(iV) Sebelum belajar kita tak boleh buat sesuatu tetapi setelah belajar kita tetap tidak boleh buat

Jika perkara (iii) dan (iv) terjadi maka proses pembelajaran tidak berlaku.

Yang saya huraikan di atas adalah konsep asas pembelajaran. Proses pembelajaran terjadi kepada setiap individu lebih kompleks lagi. Ia melibatkan proses kognitif, proses berfikir.

Saudara bolehlah merujuk buku-buku pendidikan yang ada membincangkan konsep pembelajaran. Empat teori Pembelajaran seperti

(i) Behaviourist

(ii) Humanist

(iii) Kognitivist

(iii) Konstructivist

Harap cari artikel ini dan baca dengan faham daripada tidak faham sebelum ini menjadi faham selepas membacanya supaya proses pembelajaran berlaku. Jika setelah membaca perkara tersebut masih lagi tidak faham maka proses pembelajaran belum lagi berlaku. Pastikan proses pembelajaran berlaku iaitu dengan membaca beberapa artikel atau buku sehingga faham.

Lain-lain28.03.2010
Salam DBP, Saya ingin mengemukakan beberapa kekeliruan yang ingin saya tanyakan pada pihak DBP. 1. Sekiranya dua, tua dan yang berkenaan adalah satu suku kata, bagaimana pula dengan perkataan buah, riak, kuang, riang dan juga semua perkataan yang berkaitan? 2. Penjelasan yang bagaimana yang dapat menjelaskan perkara ini kepada orang yang bertanya kepada saya (contohnya suami dan anak saya sendiri?) Harapnya pihak DBP dapat membantu saya dalam hal ini. Terima kasih.Perkataan dua, tua, buah, riak, kuang, riang tergolong dalam satu suku kata. Semua perkataan tersebut dipenggal mengikut bunyi - dua (bukan du.a), tua (bukan tu.a), buah (bukan bu.ah), riak (bukan ri.ak), kuang (bukan ku.ang) dan riang (bukan ri.ang).Tatabahasa29.07.2010

Kembali ke atas