Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ka.dé.mi] | اکاديمي

Definisi : 1. sekolah tinggi (pusat pengajian) yg mengajarkan sesuatu pengetahuan (keahli­an dsb); 2. persatuan atau yayasan (utk me­majukan ilmu pengetahuan, kesusasteraan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ka.dé.mi] | اکاديمي

Definisi : /akadémi/ sekolah tinggi tempat mengajarkan sesuatu ilmu pengetahuan: ~ muzik; ~ tentera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akademi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya terbaca berita berkaitan Akademi Latihan DBP dalam Berita Harian baru-baru ini. Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai akademi berkenaan, lokasi, kursus yang ditawarkan, durasi, kos dan kelayakan untuk mengikuti kursus di situ. Terima kasih.Semua urusan mengenai Akademi Latihan DBP sedang diuruskan mengikut perancangan.Maklumat yang anda perlukan belum boleh di maklumkan secara rasmi.Pengurusan DBP akan mengumumkan apabila semua urusan yang berkaitan sempurna di laksanakan.  Lain-lain15.02.2008
Assalamualaikum Tuan, betul kah ejaan Akademi Iqra' Ummum al-Husna Kalau dalam huruf besar sama juga kah ejaannya AKADEMI IQRA' UMMUM AL-HUSNA Terima kasih.​Kedua-dua bentuk ejaan tersebut boleh digunakan. Walau bagaimanapun, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak mengesahkan penggunaan nama sesuatu organisasi/institusi yang menggabungkan penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.Ejaan21.02.2020
Cadangan untuk mengadakan kursus Penyediaan dan Penulisan Minit MesyuaratSaudara boleh membuat permohonan kepada Akademi DBP melalui e-mel akademi@dbp.gov.my/hfauziah@dbp.gov.myLain-lain01.08.2023
Assalamualaikum w.b.t Tuan/Puan Akademi Sains Malaysia (ASM) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM-ASM) berminat untuk mengetahui lebih lanjut sekiranya DBP ada menyediakan perkhidmatan latihan (in-house) untuk kakitangan ASM berkaitan Pemantapan Bahasa Melayu Lanjutan / Penggunaan Bahasa Melayu Profesional memandangkan pegawai kami mempunyai masalah dalam penulisan dan pertejemahan Bahasa Melayu yang betul. Sekian, terima kasih.DBP amat menghargai dan mengucapkan terima kasih atas komitmen pihak puan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Untuk maklumat mengenai kursus yang dianjurkan oleh DBP, puan boleh menghubungi Akademi DBP melalui:

1) Dr. Haji Santrol Abdullah 
    Ketua Akademi DBP
    03-21470201/1201 / santrol@dbp.gov.my

2) Puan Noraini binti Abd Shukor
    03-21479230 / aini76@dbp.gov.my

3) Akademi DBP
    akademi@dbp.gov.my
Lain-lain06.04.2023
Salam...mohon pandangan tuan mengenai ayat untuk iklan ini..."AKADEMI KIROPRATIK"...yang mana Kiropraktik merupakan istilah perubatan. Adakah ianya bersesuaian digunakan....Sekian.Untuk makluman, AKADEMI KIROPRAKTIK adalah betul dan boleh digunakan untuk iklan.Istilah08.05.2012
Mohon pihak tuan semak..adakah perkataan ini tepat atau perlu pembetulan. Wafa Counseling & Coaching Training Academy = Akademi Latihan Kaunseling & Coaching WafaKami mencadangkan Wafa Counseling & Coaching Training Academy diterjemahkan kepada Akademi Kaunseling dan Kejuruteraan Wafa.Penyemakan dan penterjemahan11.12.2015
saya Elizabeth Janie anak Silai pelajar Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam... nak tanya berkenaan dengan peribahasa iaitu "limau masak sebelah, perahu karam sekerat" dan maksudnya pertimbangan tidak adil.. lambang limau merujuk kepada apa? adakah merujuk kpd orang miskin dan perahu merujuk kpda orang kaya? tq....saya Elizabeth Janie anak Silai pelajar Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam... nak tanya berkenaan dengan peribahasa iaitu "limau masak sebelah, perahu karam sekerat" dan maksudnya pertimbangan tidak adil.. lambang limau merujuk kepada apa? adakah merujuk kpd orang miskin dan perahu merujuk kpda orang kaya? tq....Makna10.03.2014
Assalamualaikum, sy Nur Atiqah Binti Abd. Aziz, pelajar Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam. Sy ingin bertanya tentang permohonan latihan industri di DBP. Adakah pihak DBP masih menerima permohonan latihan indutri di DBP? Sekiranya masih menerima, apakah keperluan yang perlu disertakan semasa memohon? Terima kasih.Waalaikumsalam,

Saudari,

Boleh bertanya terus pada Bahagian Akademi melalui nombor telefon 03-2147 9000.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain25.07.2017
Akademi kami mengadakan kursus Bahasa Melayu untuk murid-murid rendah dan menengah. Soalan saya adalah pihak tuan ada mengiktiraf kursus-kursus yang dijalankan oleh pihak swasta ? Soalan kedua adakah pihak tuan ada bekerjasama denagan pihak swasta menjalankan kursus Bahasa Melayu ? Terima KasihUntuk makluman tuan, DBP bukanlah pihak yang berwenang untuk memberi pengiktirafan terhadap mana-mana organisasi yang menganjurkan kursus bahasa. Walau bagaimanapun DBP ada menganjurkan kursus bahasa, sastera dan penerbitan untuk sesiapa sahaja yang berminat, selain mengadakan kerjasama dengan jabatan kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan dalam menganjurkan kursus. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau talian 03-21479000.Lain-lain09.01.2014
Saya nak bertanya bagaimana cara untuk mohon latihan industri dI DBPSalam sejahtera, Untuk makluman semua pelajar yang ingin menjalani latihan industri di DBP perlu menghantar permohonan kepada Ketua Akademi DBP melalui alamat e-mel, akademi@dbp.gov.my serta mengemukakan sekali: i. Surat permohonan – nyatakan bidang pengajian, peringkat pengajian, tempoh latihan industri dan maklumat lain yang berkaitan. ii. Surat pengesahan/sokongan daripada fakulti/institusi pendidikan berkaitan. iii. Resume. iv. Salinan keputusan peperiksaan setiap semester. v. Borang jawapan penerimaan pelatih industri. Sekian, terima kasih.Lain-lain16.07.2020
12345678910...

Kembali ke atas