Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ka.dé.mi] | اکاديمي

Definisi : 1. sekolah tinggi (pusat pengajian) yg mengajarkan sesuatu pengetahuan (keahli­an dsb); 2. persatuan atau yayasan (utk me­majukan ilmu pengetahuan, kesusasteraan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ka.dé.mi] | اکاديمي

Definisi : /akadémi/ sekolah tinggi tempat mengajarkan sesuatu ilmu pengetahuan: ~ muzik; ~ tentera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akademi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AKADEMI

Akademi ialah gelaran umum bagi sekumpulan

orang atau sebuah pertubuhan yang menganjurkan

perkembangan seni, sastera, sains atau apa-apa juga

bidang ilmu. Ada juga sekolah yang dinamakan akademi.

UMUM 
AKADEMI PERANCIS

Akademi Perancis ialah pertubuhan para

intelektual Perancis. Ia dinamakan L’Académie

Francaise dalam bahasa Perancis. Aktivitinya

termasuk menganugerahkan hadiah sastera dan

menerbitkan kamus bahasa Perancis.

UMUM 
AKADEMI BRITISH

Akademi British ialah sebuah institusi di United

Kingdom yang menggalakkan kesarjanaan dalam

bidang kemanusiaan dan sains sosial

UMUM 
AKADEMI PENGAJIAN MELAYUAKADEMI PENGAJIAN MELAYU, sebuah pusat pengajian yang ditubuhkan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1990. BAHASAKonsep
ACADEMY OF MOTION PICTURE ARTS AND SCIENCES,Academy of Motion Picture Arts and Sciences,

pertubuhan sukarela. Akademi ini

ditubuhkan pada tahun 1927 di Hollywood, Amerika

Syarikat. Keahliannya berjumlah 4700 mewakili yang

terkemuka dalam setiap peringkat kegiatan

pembikinan filem. Tujuan akademi ini adalah

membangunkan seni dan sains wayang gambar,

mewujudkan kerjasama dalam industri demi

kemajuan dalam bidang kebudayaan, pendidikan

dan teknologi, dan mengiktiraf pencapaian

cemerlang dalam industri ini dengan anugerah

tahunan.

UMUM 
TOLSTOY, ALEKSEI NIKOLAEVICHPenulis Rusia dan ahli akademi sains.SASTERATokoh
ANNAPOLIS

Annapolis ialah ibu negeri Maryland, negeri di

Amerika Syarikat. Di sinilah terletak Akademi

Tentera Laut Amerika Syarikat. Annapolis terletak

di sepanjang pinggir Sungai Severn di pantai barat

Teluk Chesapeake. Susun atur bandar ini terdiri

daripada dua bulatan di tengah-tengahnya dan

jalan-jalan kecil bercabang-cabang ke semua arah.

UMUM 
STETSON, JOHN BATTERSON

Stetson, John Batterson (1830–1906) ialah

pengilang topi dan dermawan Amerika. Dia pergi

ke Barat pada awal tahun 1860-an untuk

memulihkan kesihatannya dan menggunakan

pengetahuannya mengikut cita rasa Barat dan

mereka bentuk topi sepuluh-gelen yang terkenal.

Dia mendirikan sebuah kilang di Philadelphia,

Pennsylvania pada tahun 1865, dan menjadi

pengilang topi yang terkemuka di Amerika.

Walaupun dia tidak pernah mendapat pendidikan

rasmi, Stetson telah membiayai untuk sebuah

akademi kecil di De Land, Florida. Akademi ini

kemudiannya menjadi Stetson University. Stetson

lahir di Orange, New Jersey.

UMUM 
DANARTO

DANARTO (1940-     ), penulis, pelukis dan aktivis teater Indonesia. Dia lahir pada 27 Jun 1940 di Mojowetan, Sragen, Jawa Tengah, Indonesia. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Dasar dan Sekolah Lanjutan Pertama di Sragen, dan kemudian di Sekolah Lanjutan Atas bahagian Sastera di Solo pada tahun 1958. Kemudian dia memasuki Akademi Seni Rupa Indonesia (ASRI) di Yogyakarta pada tahun yang sama, dan pada tahun 1961, dia memperoleh ijazah I dari akademi tersebut. Danarto menjadi pensyarah di Institut Kesenian Jakarta sejak tahun 1973.

          

SASTERATokoh
MUHAMMAD NAJIB

Muhammad Najib (1319 H.–1405 H. /1901 M.–

1984 M.) ialah pegawai kerajaan Mesir yang menjadi

presiden dan perdana menteri Mesir yang pertama.

Dia lahir di Khartoum dan menuntut di Kolej

Ghourdoun yang bersejarah di Khartoum. Kemudian

dia melanjutkan pelajarannya di Akademi Tentera di

Kaherah dan berjaya menamatkan pengajiannya di

sana. Muhammad Najib dilantik sebagai pegawai

dalam tentera Mesir. Dia berkhidmat dalam pasukan

tentera sukarela semasa Perang Dunia II. Dia juga

dilantik sebagai naib gabenor di Sina dan

pemerintah pasukan tentera sempadan di daerah

Laut Merah.

UMUM 
123

Kembali ke atas