Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.kar] | اکر

Definisi : 1. bahagian tumbuh-tumbuhan yg lazim­nya tumbuh ke dlm tanah; jenis-jenis akar: ~ bergugus, ~ bongsu, ~ luar biasa, ~ menen­gah, ~ serabut, ~ sulung, ~ tunjang; 2. asal usul, asal keturunan: saya sedar akan ~ diri saya sbg seorang Filipina; 3. Id = ~ kata inti kata yg menjadi pangkal erti beberapa kata: kata majmuk terdiri drpd dua atau lebih ~ kata; 4. Id = ~ bilangan bilangan yg diperoleh drpd huraian bilangan lain dgn kuasa tertentu; mis Ö4 = 2; 3Ö125 = 5; 5Ö243 = 3; ~ banir akar yg tumbuh (terdapat) di atas permukaan tanah (spt akar pokok bakau); ~ gantung akar yg bergantung (spt akar pokok beringin); ~ jangkang akar yg menyokong jenis-jenis pokok (spt pokok bakau) yg tumbuh di kawasan berpaya; ~ larat akar yg tampak di atas tanah (spt akar pokok bakau); ~ rambut bahagian yg halus-halus pd akar atau hujung akar; ~ serabut akar yg berambu-rambu atau bercabang kecil-kecil (spt akar pokok buluh); ~ sokong akar yg tumbuh pd buku yg hampir dgn tanah atau yg tumbuh pd dahan, dan fungsinya menyokong pokok (spt akar pokok ara); ~ tunjang akar pd pokok-pokok tertentu yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menegapkan pokok dll); ~ udara akar yg tumbuh di atas permukaan tanah atau yg terdedah di udara (spt akar anggerik); ~ umbi a) akar tunjang; b) kese­luruhan asas (sesuatu) yg kukuh: saya mem­bezakan antara landasan dgn warisan atau ~ umbi kebudayaan Melayu; membong­kar dan mencabut keburukan dgn ~ umbinya sekali; c) golongan biasa atau bawahan yg merupakan teras kpd sesebuah gerakan atau pertubuhan politik; ~ terjumbai tempat siamang berpegang (bergantung) prb drpd perkataannya dapat diketahui kesalahan seseorang; bergantung pd ~ lapuk prb mengharapkan pertolongan pd orang yg lemah; jikalau sepohon kayu banyak ~nya lagi teguh, apakah ditakutkan ribut prb orang yg banyak berjasa tidak perlu takut akan orang lain; kalau pandai mencen­cang ~ mati lalu ke pucuknya prb kalau pan­dai, dgn satu tindakan sahaja dapat mengalah­kan semua orang lain; tiada rotan ~ pun ber­guna prb sementara belum ada yg lebih baik bolehlah dipakai yg ada dahulu; berakar 1. mempunyai akar, (sudah) tumbuh akarnya: benih itu sudah ~; 2. = berurat ~ = ~ umbi telah mendalam benar, sudah berpegang teguh-teguh, sukar hilang (luput): pendapat yg demikian sudah ~ dlm dirinya; 3. = berurat ~ sudah beranak cucu (menetap dll): ia sudah ~ di Singapura; 4. = ~ umbi ber­tapak atau berasas kpd (sesuatu) dan se­terus­nya menjadi kukuh dan berkembang: teori beliau mengatakan bahawa sastera Melayu adalah ~ pd tradisi peribumi; berakarkan mempunyai sesuatu sbg akar atau asal usul, bertunjangkan, berteraskan: baginya amalan yg ~ animisme itu perlu dikikis; mengakar (menjadi) mendalam atau teguh (bkn pendirian, pegangan, dll): kecenderung­an ini semakin ~ dlm masyarakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kar] | اکر

Definisi : ; ~ asam riang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar iangiang, akar kerayung, Vitis hastata; ~ gasing putih sj tumbuhan (pokok me­manjat), gasing-gasing, Pericamphylus glau­cus (incanus); ~ sekentut sj tumbuhan (pokok memanjat), daun kentut-kentut, ke­sim­­­bukan, Paederia foetida. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kar] | اکر

Definisi : ® Agar II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kar] | اکر

Definisi : bahagian tumbuh-tumbuhan (biasanya terdapat dlm tanah) yg menghisap makanan dan air. ~ ceracak akar yg mencuar ke atas dan digunakan utk bernafas (terdapat pd tumbuh-tumbuhan yg hidup terapung di atas air atau yg tumbuh di kawasan yg selalu digenangi air). ~ gigi bahagian gigi yg di dlm gusi. ~ jangkang akar yg keluar menganjur berkeping-keping dr pangkal pokok (spt yg terdapat pd pokok beringin); banir. ~ panjat akar yg terbentuk drpd batang tumbuh-tumbuhan memanjat. ~ serabut akar yg tumbuh spt serabut pd pangkal atau pd batang pokok jenis monokotiledon dan juga pd tekung pokok menjalar. ~ sokong akar yg tumbuh dr batang dan juga dr dahan beberapa jenis pokok (spt pokok mengkuang) dan menjadi sokong yg kuat kpd pokok itu. ~ tumpang akar yg tumbuh pd mana-mana bahagian pokok selain pd akar ulung. ~ tunjang akar yg tumbuh pd pangkal pokok terus ke dlm tanah. ~ udara akar yg tumbuh bergantungan dr sesuatu pokok utk menyerap air dr udara. ~ ulung akar yg mula-mula tumbuh dr biji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akar

Puisi
 

Tetaklah akar akar merah,
     Semut meniti di dalam talam;
Badan berpeluh mataku merah,
     Angkat mengucap di tengah malam.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Baik berjagung-jagung,
     sementara padi belum masak.

Bermaksud :

Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sementara menanti padi masak, berjagung-jagunglah dulu, b. Sementara mendapat rotan, akar-akar pun jadilah).

 

Lihat selanjutnya...(24)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
decayingadj 1. declining, sedang merosot: ~ moral principles, prinsip moral yg sedang merosot; 2. rotting, a. (gen) mereput: the ~ roots of a plant, akar-akar pokok yg mereput; b. (of fruit, vegetable) membusuk; c. (of tooth) rosak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grass rootsn (polit) akar umbi: he has the support of the ~, dia mendapat sokongan drpd akar umbi; ~ opinion, pendapat akar umbi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
arrest(development) menyekat, membantutkan, menghentikan: to ~ the spread of a disease, menyekat merebaknya sst penyakit; the deep cavities on the mountain slope ~ed the lava flow, lekuk-lekuk pd cerun gunung yg dalam itu menyekat aliran lava; such an experience may ~ a child’s development, pengalaman sebegitu rupa dapat menyekat perkembangan kanak-kanak; c. (growth) membantutkan: clipping the roots will ~ the growth of the plant, memotong akar-akar akan membantutkan pertumbuhan pokok; 4. catch (attention) menarik: its unusual shape ~ed our attention,bentuknya yg luar biasa menarik perhatian kami;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deracinatevt 1. membantun; 2. (fig.), /menghapuskan, membanteras/ hingga ke akar umbi: to ~ a social evil, menghapuskan keburukan sosial hingga ke akar umbi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rootn 1. (part of a plant) akar: to pull up the plant by the ~s, mencabut pokok itu dgn akarnya sekali; 2. root crop, tanaman berakar; 3. embedded part of hair, nail, etc, akar; 4. source, punca: money is the ~ of all evil, wang ialah punca segala maksiat; the ~ of the problem is incompatibility, punca masalah itu ialah ketakserasian; /get at, go to, strike at/ the ~(s) of, mencari puncanya; the ~ cause, punca; 5. (in pl) family ties, origins, asal-usul, asal: her ~s are here, in this country, asalnya di sini, di negeri ini; 6. (ling) kata akar; 7. (math) punca kuasa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deracinationn 1. membantun; 2. (fig.), /penghapusan, pembanterasan, menghapuskan, membanteras/ hingga ke akar umbi: a policy for the ~ of racial prejudice, dasar utk menghapuskan prasangka perkauman hingga ke akar umbi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
root~ and branch, sama sekali, hingga ke akar umbi: these abuses must be destroyed ~ and branch, penyalahgunaan ini mesti dimusnahkan sama sekali; pull up o’s ~s, (fig.) berhijrah; put down (new) ~s, (fig.) menetap di tempat baru; /take, strike/ ~, a. mula /berakar, tumbuh akar/; b. (fig.) bertapak, berakar umbi: the idea has taken ~ in his mind, gagasan itu telah bertapak dlm benaknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tap-rootn akar tunjang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sea fann akar bahar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
root hairn akar rambut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas