Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.kar] | اکر

Definisi : 1. bahagian tumbuh-tumbuhan yg lazim­nya tumbuh ke dlm tanah; jenis-jenis akar: ~ bergugus, ~ bongsu, ~ luar biasa, ~ menen­gah, ~ serabut, ~ sulung, ~ tunjang; 2. asal usul, asal keturunan: saya sedar akan ~ diri saya sbg seorang Filipina; 3. Id = ~ kata inti kata yg menjadi pangkal erti beberapa kata: kata majmuk terdiri drpd dua atau lebih ~ kata; 4. Id = ~ bilangan bilangan yg diperoleh drpd huraian bilangan lain dgn kuasa tertentu; mis Ö4 = 2; 3Ö125 = 5; 5Ö243 = 3; ~ banir akar yg tumbuh (terdapat) di atas permukaan tanah (spt akar pokok bakau); ~ gantung akar yg bergantung (spt akar pokok beringin); ~ jangkang akar yg menyokong jenis-jenis pokok (spt pokok bakau) yg tumbuh di kawasan berpaya; ~ larat akar yg tampak di atas tanah (spt akar pokok bakau); ~ rambut bahagian yg halus-halus pd akar atau hujung akar; ~ serabut akar yg berambu-rambu atau bercabang kecil-kecil (spt akar pokok buluh); ~ sokong akar yg tumbuh pd buku yg hampir dgn tanah atau yg tumbuh pd dahan, dan fungsinya menyokong pokok (spt akar pokok ara); ~ tunjang akar pd pokok-pokok tertentu yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menegapkan pokok dll); ~ udara akar yg tumbuh di atas permukaan tanah atau yg terdedah di udara (spt akar anggerik); ~ umbi a) akar tunjang; b) kese­luruhan asas (sesuatu) yg kukuh: saya mem­bezakan antara landasan dgn warisan atau ~ umbi kebudayaan Melayu; membong­kar dan mencabut keburukan dgn ~ umbinya sekali; c) golongan biasa atau bawahan yg merupakan teras kpd sesebuah gerakan atau pertubuhan politik; ~ terjumbai tempat siamang berpegang (bergantung) prb drpd perkataannya dapat diketahui kesalahan seseorang; bergantung pd ~ lapuk prb mengharapkan pertolongan pd orang yg lemah; jikalau sepohon kayu banyak ~nya lagi teguh, apakah ditakutkan ribut prb orang yg banyak berjasa tidak perlu takut akan orang lain; kalau pandai mencen­cang ~ mati lalu ke pucuknya prb kalau pan­dai, dgn satu tindakan sahaja dapat mengalah­kan semua orang lain; tiada rotan ~ pun ber­guna prb sementara belum ada yg lebih baik bolehlah dipakai yg ada dahulu; berakar 1. mempunyai akar, (sudah) tumbuh akarnya: benih itu sudah ~; 2. = berurat ~ = ~ umbi telah mendalam benar, sudah berpegang teguh-teguh, sukar hilang (luput): pendapat yg demikian sudah ~ dlm dirinya; 3. = berurat ~ sudah beranak cucu (menetap dll): ia sudah ~ di Singapura; 4. = ~ umbi ber­tapak atau berasas kpd (sesuatu) dan se­terus­nya menjadi kukuh dan berkembang: teori beliau mengatakan bahawa sastera Melayu adalah ~ pd tradisi peribumi; berakarkan mempunyai sesuatu sbg akar atau asal usul, bertunjangkan, berteraskan: baginya amalan yg ~ animisme itu perlu dikikis; mengakar (menjadi) mendalam atau teguh (bkn pendirian, pegangan, dll): kecenderung­an ini semakin ~ dlm masyarakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kar] | اکر

Definisi : ; ~ asam riang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar iangiang, akar kerayung, Vitis hastata; ~ gasing putih sj tumbuhan (pokok me­manjat), gasing-gasing, Pericamphylus glau­cus (incanus); ~ sekentut sj tumbuhan (pokok memanjat), daun kentut-kentut, ke­sim­­­bukan, Paederia foetida. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kar] | اکر

Definisi : ® Agar II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kar] | اکر

Definisi : bahagian tumbuh-tumbuhan (biasanya terdapat dlm tanah) yg menghisap makanan dan air. ~ ceracak akar yg mencuar ke atas dan digunakan utk bernafas (terdapat pd tumbuh-tumbuhan yg hidup terapung di atas air atau yg tumbuh di kawasan yg selalu digenangi air). ~ gigi bahagian gigi yg di dlm gusi. ~ jangkang akar yg keluar menganjur berkeping-keping dr pangkal pokok (spt yg terdapat pd pokok beringin); banir. ~ panjat akar yg terbentuk drpd batang tumbuh-tumbuhan memanjat. ~ serabut akar yg tumbuh spt serabut pd pangkal atau pd batang pokok jenis monokotiledon dan juga pd tekung pokok menjalar. ~ sokong akar yg tumbuh dr batang dan juga dr dahan beberapa jenis pokok (spt pokok mengkuang) dan menjadi sokong yg kuat kpd pokok itu. ~ tumpang akar yg tumbuh pd mana-mana bahagian pokok selain pd akar ulung. ~ tunjang akar yg tumbuh pd pangkal pokok terus ke dlm tanah. ~ udara akar yg tumbuh bergantungan dr sesuatu pokok utk menyerap air dr udara. ~ ulung akar yg mula-mula tumbuh dr biji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akar

Puisi
 

Tetaklah akar akar merah,
     Semut meniti di dalam talam;
Badan berpeluh mataku merah,
     Angkat mengucap di tengah malam.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Baik berjagung-jagung,
     sementara padi belum masak.

Bermaksud :

Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sementara menanti padi masak, berjagung-jagunglah dulu, b. Sementara mendapat rotan, akar-akar pun jadilah).

 

Lihat selanjutnya...(24)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Akar-akar kayu yang direbus itu sudah _________. A mencair B. meruap C. mengering Pilihan di atas manakah sesuai menjadi pilihan jawapan?BolehkaH tuan/puan memberikan penerangannya?Terima kasih.Akar-akar kayu yang direbus itu sudah meruap. Meruap bermaksud mendidih dan melimpah.Tatabahasa24.08.2011
Saya musykil dengan perbezaan antara kata akar, akar kata dan kata dasar. Tolong perjelaskan terima kasihDalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terdapat istilah akar kata dan kata dasar, tetapi tidak terdapat istilah kata akarAkar kata (root word) bermaksud bentuk morfem terikat (tetapi bukan imbuhan) yang tidak bertaraf perkataan dan berpotensi menerima imbuhan atau bergabung dengan perkataan lain. Contohnya, tapa dalam bertapa, tani dalam pasar tani. Kata dasar atau bentuk dasar (base form) ialah bentuk kata yang berpotensi menerima sebarang imbuhan atau perubahan tatabahasa.Tatabahasa25.04.2011
Tuan, "Muthu dan Ali _____tersesat di dalam hutan ketika mereka sedang mencari akar-akar kayu." Pilihan jawapan : A.sipi B. hampir C.dekat D.nyaris Adakah perkataan "hampir" dan "nyaris" boleh diisi di tempat kosong? Adakah penggunaan kedua-dua perkataan sama? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah hampir/nyaris kerana kedua-duanya membawa maksud yang sama. Contoh dalam ayat: “Muthu dan Ali hampir/nyaris tersesat di dalam hutan ketika mereka sedang mencari akar kayu”.Tatabahasa07.06.2020
Apakah perbezaan antara akar kata dengan kata akar? Tolong jelaskan.Akar kata bermaksud inti kata yang menjadi pangkal erti beberapa kata, manakala kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan.Makna02.06.2012
Salam sejahtera, 1. Kata dasar "cita" tergolong dalam akar kata atau kata akar ? 2. Apakah perbezaan antara kata majmuk dan frasa nama ? 3. Berapakah bilangan terkini kata majmuk yang sudah mantap ? Adakah 30 atau 35 patah perkataan atau sudah melebih 40 patah perkataan ? Sekian, terima kasih.1. Cita ialah kata akar. 2. Kata majmuk ialah perkataan yg terdiri drpd dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna. Frasa nama pula ialah frasa yang perkataan utamanya terdiri daripada kata nama, kata nama terbitan atau kata ganti nama. Frasa nama ialah satu daripada konstituen utama dalam binaan ayatTatabahasa22.02.2010
apakah beza antara kata dasar, kata akar, kata tunggul, kata terbitan ? akar, tawa, dan mudi masuk kategori yang mana?Kata dasar/Kata akar ialah bentuk dasar dlm sesuatu kata yg boleh merupakan morfem bebas spt anak dlm beranak. Kata tunggal tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata terbitan, kata yg terbentuk drpd kata dasar dgn penggunaan imbuhan. Akar, tawa, mudi tergolong dalam kata dasar/kata akar/ kata tunggal.Tatabahasa10.10.2008
saya ada beberapa pertanyaan yang hendak diajukan: 1. Apakah kata akar bagi perkataan pengantin? 2. Adakah melewah itu dianggap kesalahan tatabahasa?1. Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terdapat istilah akar katadan kata dasar, tetapi tidak terdapat istilah kata akar.  Akar kata(root word) bermaksud bentuk morfem terikat (tetapi bukan imbuhan) yang tidak bertaraf perkataan dan berpotensi menerima imbuhan atau bergabung dengan perkataan lain. Perkataan pengantin merupakan kata dasar.
2.  Lewah dalam hal ini bermaksud penggunaan kata berlebih-lebihan yang tidak perlu. Penggunaan kata yang lewah dalam pembinaan ayat perlu dielakkan.
Tatabahasa28.08.2017
Apakah perbezaan antara "kata dasar" dengan "kata akar"? Sila berikan contoh.1. Kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Dalam istilah linguistik, "kata akar" ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus.
2. Kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Contoh "belajar" yang boleh menerima apitan peN-...-an, menjadi "pembelajaran".
Istilah08.05.2015
boleh tuan berikan perbezaan antara kata akar dan kata dasar?Dalam istilah linguistik kata akar ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak, atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus; atau dalam bahasa yang mudah difahami kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Manakala kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Apa yang dapat disimpulkan ialah kedua-dua kata tersebut boleh menjadi kata terbitan.Istilah05.03.2013
Merujuk soalan 92 ( tentang maksud 'kata akar' dan 'kata dasar ). Tuan menyatakan bahawa kedua-dua tidak mempunyai maksud. Walau bagaimanapun, setelah merujuk TD Edisi Ketiga m/s 67 yang menyatakan bahawa ' kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Hanya segelintir kata dasar merupakan morfem terikat yang disebut akar. m/s 107 menunjukkan kata akar yang dimaksudkannya ialah' tapa', tawa, 'mudi'. Jadi, kesimpulan yang saya buat ialah kata akar hanya berbentuk morfem terikat ( tidak termasuk imbuhan) tetapi kata dasar berbentuk morfem bebas dan morfem terikat (disebut kata akar). Kedua-duanya boleh menjadi kata terbitan setelah menerima imbuhan. Minta pendapat tuan. Terima kasih.Dalam istilah linguistik kata akar ditakrifkan sebagai bentuk dasar dalam sesuatu kata yang boleh merupakan morfem bebas seperti anak dalam beranak, atau morfem terikat seperti jerumus dalam terjerumus; atau dalam bahasa yang mudah difahami kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan. Manakala kata dasar pula ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. Apa yang dapat disimpulkan ialah kedua-dua kata tersebut boleh menjadi kata terbitan.Tatabahasa26.04.2010
12345678910...

Kembali ke atas