Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akar yg tumbuh (terdapat) di atas permukaan tanah (spt akar pokok bakau); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akar banir


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
akar banirakar yg tumbuh (terdapat) di atas permukaan tanah (spt akar pokok bakau);Kamus Dewan Edisi Keempat
banirakar yg keluar ke atas tanah spt papan (pd pangkal pokok beringin dll); tinggi ~ tempat berlindung prb tiap-tiap hal yg istimewa itu ada faedahnya asal tahu menggunakannya;berbanir mempunyai banir.Kamus Dewan Edisi Keempat
akar I1. bahagian tumbuh-tumbuhan yg lazim­nya tumbuh ke dlm tanah; jenis-jenis akar: ~ bergugus, ~ bongsu, ~ luar biasa, ~ menen­gah, ~ serabut, ~ sulung, ~ tunjang; 2. asal usul, asal keturunan: saya sedar akan ~ diri saya sbg seorang Filipina; 3. Id = ~ kata inti kata yg menjadi pangkal erti beberapa kata: kata majmuk terdiri drpd dua atau lebih ~ kata; 4. Id = ~ bilangan bilangan yg diperoleh drpd huraian bilangan lain dgn kuasa tertentu; mis Ö4 = 2; 3Ö125 = 5; 5Ö243 = 3; ~ banir akar yg tumbuh (terdapat) di atas permukaan tanah (spt akar pokok bakau); ~ gantung akar yg bergantung (spt akar pokok beringin); ~ jangkang akar yg menyokong jenis-jenis pokok (spt pokok bakau) yg tumbuh di kawasan berpaya; ~ larat akar yg tampak di atas tanah (spt akar pokok bakau); ~ rambut bahagian yg halus-halus pd akar atau hujung akar; ~ serabut akar yg berambu-rambu atau bercabang kecil-kecil (spt akar pokok buluh); ~ sokong akar yg tumbuh pd buku yg hampir dgn tanah atau yg tumbuh pd dahan, dan fungsinya menyokong pokok (spt akar pokok ara); ~ tunjang akar pd pokok-pokok tertentu yg tumbuh lurus ke bawah ke dlm tanah (utk menegapkan pokok dll); ~ udara akar yg tumbuh di atas permukaan tanah atau yg terdedah di udara (spt akar anggerik); ~ umbi a) akar tunjang; b) kese­luruhan asas (sesuatu) yg kukuh: saya mem­bezakan antara landasan dgn warisan atau ~ umbi kebudayaan Melayu; membong­kar dan mencabut keburukan dgn ~ umbinya sekali; c) golongan biasa atau bawahan yg merupakan teras kpd sesebuah gerakan atau pertubuhan politik; ~ terjumbai tempat siamang berpegang (bergantung) prb drpd perkataannya dapat diketahui kesalahan seseorang; bergantung pd ~ lapuk prb mengharapkan pertolongan pd orang yg lemah; jikalau sepohon kayu banyak ~nya lagi teguh, apakah ditakutkan ribut prb orang yg banyak berjasa tidak perlu takut akan orang lain; kalau pandai mencen­cang ~ mati lalu ke pucuknya prb kalau pan­dai, dgn satu tindakan sahaja dapat mengalah­kan semua orang lain; tiada rotan ~ pun ber­guna prb sementara belum ada yg lebih baik bolehlah dipakai yg ada dahulu; berakar 1. mempunyai akar, (sudah) tumbuh akarnya: benih itu sudah ~; 2. = berurat ~ = ~ umbi telah mendalam benar, sudah berpegang teguh-teguh, sukar hilang (luput): pendapat yg demikian sudah ~ dlm dirinya; 3. = berurat ~ sudah beranak cucu (menetap dll): ia sudah ~ di Singapura; 4. = ~ umbi ber­tapak atau berasas kpd (sesuatu) dan se­terus­nya menjadi kukuh dan berkembang: teori beliau mengatakan bahawa sastera Melayu adalah ~ pd tradisi peribumi; berakarkan mempunyai sesuatu sbg akar atau asal usul, bertunjangkan, berteraskan: baginya amalan yg ~ animisme itu perlu dikikis; mengakar (menjadi) mendalam atau teguh (bkn pendirian, pegangan, dll): kecenderung­an ini semakin ~ dlm masyarakat.Kamus Dewan Edisi Keempat
akar jangkangakar yg keluar menganjur berkeping-keping dr pangkal pokok (spt yg terdapat pd pokok beringin); banir.Kamus Pelajar Edisi Kedua
akarbahagian tumbuh-tumbuhan (biasanya terdapat dlm tanah) yg menghisap makanan dan air. ~ ceracak akar yg mencuar ke atas dan digunakan utk bernafas (terdapat pd tumbuh-tumbuhan yg hidup terapung di atas air atau yg tumbuh di kawasan yg selalu digenangi air). ~ gigi bahagian gigi yg di dlm gusi. ~ jangkang akar yg keluar menganjur berkeping-keping dr pangkal pokok (spt yg terdapat pd pokok beringin); banir. ~ panjat akar yg terbentuk drpd batang tumbuh-tumbuhan memanjat. ~ serabut akar yg tumbuh spt serabut pd pangkal atau pd batang pokok jenis monokotiledon dan juga pd tekung pokok menjalar. ~ sokong akar yg tumbuh dr batang dan juga dr dahan beberapa jenis pokok (spt pokok mengkuang) dan menjadi sokong yg kuat kpd pokok itu. ~ tumpang akar yg tumbuh pd mana-mana bahagian pokok selain pd akar ulung. ~ tunjang akar yg tumbuh pd pangkal pokok terus ke dlm tanah. ~ udara akar yg tumbuh bergantungan dr sesuatu pokok utk menyerap air dr udara. ~ ulung akar yg mula-mula tumbuh dr biji.Kamus Pelajar Edisi Kedua
akarbahagian tumbuh-tumbuhan (biasanya terdapat dlm tanah) yg menghisap makanan dan air. ~ ceracak akar yg mencuar ke atas dan digunakan utk bernafas (terdapat pd tumbuh-tumbuhan yg hidup terapung di atas air atau yg tumbuh di kawasan yg selalu digenangi air). ~ gigi bahagian gigi yg di dlm gusi. ~ jangkang akar yg keluar menganjur berkeping-keping dr pangkal pokok (spt yg terdapat pd pokok beringin dll); banir. ~ serabut akar yg tumbuh spt serabut pd pangkal atau pd batang pokok jenis monokotiledon dan juga pd tekung pokok menjalar. ~ sokong akar yg tumbuh dr batang dan juga dr dahan beberapa jenis pokok (spt pokok mengkuang dll) dan menjadi sokong yg kuat kpd pokok itu. ~ tumpang akar yg tumbuh pd mana-mana bahagian pokok selain pd akar ulung. ~ tunjang akar yg tumbuh pd pangkal pokok terus ke dlm tanah. ~ udara akar yg tumbuh bergantungan dr sesuatu pokok utk menyerap air dr udara. ~ ulung akar yg mula-mula tumbuh dr biji.Kamus Pelajar

Kembali ke atas