Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akarnya

Puisi
 

Pinang orang pinangku juak,
     Jika diumbut putih akarnya;
Tunang orang tunangku juak,
     Kalau dirabun putih matanya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kuat berdiri pohon kerana akarnya,
     kuat akar kerana tanah.

Bermaksud :

Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Besar batang besar akarnya, Akarnya jangan dikerat-kerat; Besar hutang besar bayarnya, Membayarnya jangan menunggu mati.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat berbatang ada akarnya, Adat berakar tentulah kukuh; Adat berhutang ada bayarnya, Adat membayar tentulah penuh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalaulah tentu galak akarnya, Terbanglah lakum sependek-pendeknya; Kalaulah tentu salah benarnya, Timbanglah laku sebaik-baiknya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Mengapa pisang tidak berjantung, Kerana akarnya dimakan ulat; Mengapa orang tidak beruntung, Kerana dasarnya lupakan kiblat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Ari-ari di balik rumah, Akarnya bersilang-silang; Anak dara duduk di rumah, Janda juga dengan terbilang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Pinang orang pinangku juak, Jika diumbut putih akarnya; Tunang orang tunangku juak, Kalau dirabun putih matanya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas