Kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut. | Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah. | Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kayu yang berakar tunjang tak endahkan ribut. | Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut). tunjang = akar yang di atas tanah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |