Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ka.sia] | اکاسيا

Definisi : sj pokok renek yg mempunyai bunga kecil berwarna kuning atau putih, biasanya terdapat di negara beriklim panas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ka.sia] | اکاسيا

Definisi : nama sj pokok yg bunganya halus, berjambak-jambak dan berwarna kuning, Acacia auriculaeformis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akasia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AKASIA

Akasia ialah nama sekumpulan besar tumbuh-

tumbuhan yang ada kaitan dengan kekacang dan

pis. Kadang-kadang ia juga dikenali sebagai

mimosa.

UMUM 
MIMOSA

Mimosa ialah nama bagi sekumpulan pokok, pokok

renek, dan herba yang mempunyai daun bak bulu

pelepah. Mimosa tumbuh terutamanya di kawasan

panas dan tropika. Pokoknya sama dengan akasia. Biji

atau buahnya tumbuh dalam lenggai yang leper.

Bunganya yang kecil berwarna putih, samar,

lavender, atau ungu. Mimosa tumbuh di seluruh Asia,

Afrika, Australia, Caribbean, Mexico, dan di beberapa

bahagian Amerika Syarikat. Sesetengah Mimosa peka

terhadap sentuhan. Daun tumbuhan peka terlipat

apabila disentuh. Ini melindunginya daripada

dimusnahkan oleh hujan lebat dan dapat

mengelakkannya daripada dimakan oleh haiwan

ragut.

Pengelasan saintifik. Mimosa tergolong dalam famili

kacang pis, Leguminosae. Ia membentuk genus Mimosa.

Semalu ialah M. pudica.

UMUM 

Kembali ke atas