Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.kaun] | اکاءون

Definisi : 1. rakaman berupa catatan atau kete­rangan ringkas mengenai urusan yg melibat­kan pembayaran (penerimaan dsb) wang, rakaman perbelanjaan (penerimaan dsb) wang pd ruang debit dan kredit buku kira-kira; 2. penyata (keterangan ringkas) mengenai hasil segala urusan (syarikat perniagaan dll) yg melibatkan pembayaran atau penerimaan wang; 3. simpanan wang di bank dan rakaman yg berkaitan dengannya; ~ bank akaun yg dibuka oleh individu atau institusi bagi tujuan urus niaga kewangan yg menggunakan perkhidmatan sesebuah bank; ~ beku akaun yg urus niaganya dihentikan berikutan perintah mahkamah atau kematian pemegang akaun yg berkenaan; ~ bersama akaun bank utk sekurang-kurangnya dua penama dgn masing-masing berhak menge­luarkan simpanan drpd akaun itu; ~ lapuk akaun pinjaman yg tidak dibayar dan kemung­kinan utk mendapatkan kembali bayarannya amat tipis sehingga akaun pinjaman tersebut terpaksa dihapus kira; ~ luput akaun yg tempoh matangnya telah tamat atau berlalu; ~ pendapatan dan perbelanjaan akaun yg meringkaskan semua hasil dan perbelanjaan sesebuah organisasi bukan perniagaan utk satu tempoh perakaunan; ~ penerima sahaja arahan pd cek supaya cek itu hanya boleh dimasukkan ke dlm akaun penerima, tidak boleh dipindahkan atau dibuat pembayaran atas penama lain, dan tidak boleh ditunaikan; ~ semasa akaun (simpanan) yg tidak diberi faedah dan dapat dikeluarkan dgn cek; ~ sim­panan akaun yg dibuka di bank perdagangan atau institusi kewangan yg wang simpanannya diberi faedah dan boleh dikeluarkan pd bila-bila masa sahaja; ~ T akaun yg mempunyai ciri-ciri lejar berbentuk T dgn debit pd ruang kiri dan kredit pada ruang kanan; ~ untung rugi akaun yg menunjukkan untung kasar dan belanja kendalian utk pengiraan untung bersih bagi satu tempoh perakaunan; perakaunan yg berkaitan dgn akaun: prinsip-prinsip ~; prosedur ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kaun] | اکاءون

Definisi : 1 penyata ttg wang yg dibayarkan atau yg diterima (kerana pembelian, penjualan, perkhidmatan dll). 2 simpanan wang di bank dsb: membuka ~ di bank (mula) menyimpan wang di bank. 3 catatan ttg pembelian atau perbelanjaan (di kedai tertentu) yg harganya akan dibayar kemudian. ~ bank akaun yg dibuka oleh individu atau institusi bagi tujuan urus niaga kewangan yg menggunakan perkhidmatan sesebuah bank. ~ beku akaun yg urus niaganya dihentikan berikutan perintah mahkamah atau kematian pemegang akaun yg berkenaan. ~ lapuk akaun pinjaman yg tidak dibayar, dan kemungkinan utk mendapatkan kembali bayarannya amat tipis sehingga akaun pinjaman tsb terpaksa dihapus kira. ~ semasa simpanan wang di bank yg boleh dikeluarkan dgn cek. ~ simpanan simpanan wang di bank dsb yg boleh dikeluarkan dr semasa ke semasa tetapi masih mendapat faedah tahunan berdasarkan baki simpanan yg ada. ~ untung rugi penyata yg menunjukkan keuntungan atau kerugian sesuatu urus niaga. perakaunan hal mengenai akaun: ilmu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akaun


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
regularityn ketetapan, tetapnya: the ~ of their attendance is to be applauded, ketetapan kehadiran mereka harus dipuji; the accounts are checked with great ~, akaun-akaun itu disemak dgn tetapnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
accountn 1. (finance & book-keeping) akaun, kira-kira: to keep an ~ of all the expenses, menyimpan akaun segala perbelanjaan; to open an ~, membuka akaun; ~ book, buku akaun; 2. narrative, kisah, cerita: Marco Polo’s ~ of his travels, kisah Marco Polo ttg pengembaraannya; 3. descriptive statement, pemerian, keterangan: an ~ of a Malay wedding, pemerian istiadat perkahwinan orang Melayu; 4. report, laporan: newspaper ~s of the incident, laporan surat khabar ttg kejadian tersebut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
overdrawntdk mungkin akaun saya terlebih keluar; an ~ account, akaun terlebih keluar; I am ~ by only a few ringgit, saya mengeluarkan terlebih wang sebanyak beberapa ringgit sahaja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
debitvt mendebitkan: ~ the cost to my account, mendebitkan kos itu drpd akaun saya; to ~ the customer’s account with $16, mendebitkan akaun pelanggan itu sebanyak $16.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
putsemuanya ke dlm akaun saya; f. consider, reckon, /(ber)fikir, berpendapat/ bahawa, menganggap/ [sso, sst] + approp n or adj: on the first meeting, they ~ me down as a fool, pd perjumpaan pertama, mereka menganggap saya bodoh; g. attribute (to) menganggap (bahawa) [sst] disebabkan (oleh): I ~ his success down to his ability to get on with people, saya menganggap bahawa kejayaannya disebabkan oleh kebolehannya bergaul dgn orang ramai; h. (colloq) belittle, memperolok-olokkan; i. (colloq) see ~ away, (sense e.);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trust accountn akaun amanah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
savings accountn akaun simpanan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
joint accountn akaun bersama.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
expense accountn akaun belanja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deposit accountn akaun /deposit, simpanan/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas