Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.kaun] | اکاءون

Definisi : 1. rakaman berupa catatan atau kete­rangan ringkas mengenai urusan yg melibat­kan pembayaran (penerimaan dsb) wang, rakaman perbelanjaan (penerimaan dsb) wang pd ruang debit dan kredit buku kira-kira; 2. penyata (keterangan ringkas) mengenai hasil segala urusan (syarikat perniagaan dll) yg melibatkan pembayaran atau penerimaan wang; 3. simpanan wang di bank dan rakaman yg berkaitan dengannya; ~ bank akaun yg dibuka oleh individu atau institusi bagi tujuan urus niaga kewangan yg menggunakan perkhidmatan sesebuah bank; ~ beku akaun yg urus niaganya dihentikan berikutan perintah mahkamah atau kematian pemegang akaun yg berkenaan; ~ bersama akaun bank utk sekurang-kurangnya dua penama dgn masing-masing berhak menge­luarkan simpanan drpd akaun itu; ~ lapuk akaun pinjaman yg tidak dibayar dan kemung­kinan utk mendapatkan kembali bayarannya amat tipis sehingga akaun pinjaman tersebut terpaksa dihapus kira; ~ luput akaun yg tempoh matangnya telah tamat atau berlalu; ~ pendapatan dan perbelanjaan akaun yg meringkaskan semua hasil dan perbelanjaan sesebuah organisasi bukan perniagaan utk satu tempoh perakaunan; ~ penerima sahaja arahan pd cek supaya cek itu hanya boleh dimasukkan ke dlm akaun penerima, tidak boleh dipindahkan atau dibuat pembayaran atas penama lain, dan tidak boleh ditunaikan; ~ semasa akaun (simpanan) yg tidak diberi faedah dan dapat dikeluarkan dgn cek; ~ sim­panan akaun yg dibuka di bank perdagangan atau institusi kewangan yg wang simpanannya diberi faedah dan boleh dikeluarkan pd bila-bila masa sahaja; ~ T akaun yg mempunyai ciri-ciri lejar berbentuk T dgn debit pd ruang kiri dan kredit pada ruang kanan; ~ untung rugi akaun yg menunjukkan untung kasar dan belanja kendalian utk pengiraan untung bersih bagi satu tempoh perakaunan; perakaunan yg berkaitan dgn akaun: prinsip-prinsip ~; prosedur ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.kaun] | اکاءون

Definisi : 1 penyata ttg wang yg dibayarkan atau yg diterima (kerana pembelian, penjualan, perkhidmatan dll). 2 simpanan wang di bank dsb: membuka ~ di bank (mula) menyimpan wang di bank. 3 catatan ttg pembelian atau perbelanjaan (di kedai tertentu) yg harganya akan dibayar kemudian. ~ bank akaun yg dibuka oleh individu atau institusi bagi tujuan urus niaga kewangan yg menggunakan perkhidmatan sesebuah bank. ~ beku akaun yg urus niaganya dihentikan berikutan perintah mahkamah atau kematian pemegang akaun yg berkenaan. ~ lapuk akaun pinjaman yg tidak dibayar, dan kemungkinan utk mendapatkan kembali bayarannya amat tipis sehingga akaun pinjaman tsb terpaksa dihapus kira. ~ semasa simpanan wang di bank yg boleh dikeluarkan dgn cek. ~ simpanan simpanan wang di bank dsb yg boleh dikeluarkan dr semasa ke semasa tetapi masih mendapat faedah tahunan berdasarkan baki simpanan yg ada. ~ untung rugi penyata yg menunjukkan keuntungan atau kerugian sesuatu urus niaga. perakaunan hal mengenai akaun: ilmu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akaun


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara 'akaun persendirian' dan 'akaun peribadi'?Dalam buku Daftar Istilah Kewangan, istilah yang digunakan ialah akaun persendirian, tidak ada maklumat akaun peribadi dalam pangkalan data kami.Istilah04.01.2017
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Hasil carian istilah "liquidity" di laman sesawang PRPM menemukan saya dua keputusan - "kecairan" dan "mudah tunai". Saya ingin mohon pencerahan, apakah terjemahan yang tepat untuk "liquidity management service" yang ditawarkan institusi perbankan (cth: menyatukan baki dalam akaun-akaun semasa yang berlainan ke dalam satu akaun semasa utama)? Adakah "perkhidmatan pengurusan kecairan" atau "perkhidmatan pengurusan mudah tunai" atau ada terjemahan lain? Juga, bagaimana untuk saya memahami konteks yang sesuai untuk menggunakan "kecairan" dan "mudah tunai"? Terima kasih.Kami mencadangkan istilah "Liquidity Management Service" diterjemahkan sebagai "Perkhidmatan Pengurusan Kecairan" atau "Perkhidmatan Pengurusan Mudah Tunai". Kedua-dua padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang, sama ada bidang Pentadbiran, Ekonomi, Perkhidmatan Kewangan atau Perbankan.
Istilah17.03.2021
Mohon bantuan berkenaan penggunaan penukaran atau pertukaran. 1. Sehubungan itu, tuan adalah dinasihatkan untuk hadir di mana-mana cawangan untuk membuat pertukaran buku akaun kepada kad akaun atau 2. Sehubungan itu, tuan adalah dinasihatkan untuk hadir di mana-mana cawangan BSN untuk membuat penukaran buku akaun kepada kad akaun.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, 

(i) pertukaran
perbuatan atau hal bertukar; per­gantian; perubahan: Pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan Maslena sakit.

(ii)penukaran

perbuatan (hal) me­nukar atau menukarkan: Penukaran permata asli dengan permata palsu itu dibuat secara sulit.

Maka ayat yang betul ialah "Sehubungan itu, tuan adalah dinasihatkan untuk hadir di mana-mana cawangan BSN untuk membuat penukaran buku akaun kepada kad akaun."
Tatabahasa06.02.2018
Tuan/Puan, Saya inginkan kepastian tentang terjemahan "Listening To" yang merujuk kepada lagu yang seseorang dengari (sepanjang menjadi ahli akaun), dalam sesuatu akaun muzik. Contohnya: Dalam akaun Spotify, terdapat ikon yang menunjukkan lagu yang Christopher suka dengari (lihat lampiran). Apakah terjemahan yang paling tepat untuk "Listening To": a. Mendengar b. Sedang Mendengar c. Mendengar Kepada d. Mendengari e. Mendengarkan atau, adakah terjemahan lain yang lebih tepat? Terima kasih atas bantuan pihak tuan/puan.Tuan/puan,

Jika dilihat lampiran yang diberikan, "Listening to" lebih sesuai diterjemahkan sebagai "Sedang mendengar".
Penyemakan dan penterjemahan24.10.2017
Salam Manakah yang persis? 1. dikreditkan terus ke akaun bank 2. dikreditkan terus dalam akaun bank 3. dikreditkan terus ke dalam akaun bank Harap diajukan penjelasan ringkas. TKYang tepat ialah no. 3. "... dikreditkan terus ke dalam akaun bank", untuk menunjukkan arah masuknya wang dan sebagainya .Tatabahasa24.11.2011
senggara akaun atau selenggara akaunMaksud kedua-dua perkataan ini adalah sama dan boleh digunakan.Lain-lain10.05.2010
dalam akaun bank atau di dalam akaun bank?Dalam akaun bank. Tatabahasa09.11.2011
Salam DBP, "Klik di sini untuk penukaran akaun" atau "Klik di sini untuk pertukaran akaun" Penukaran atau pertukaran?Frasa yang betul ialah "Klik di sini untuk penukaran akaun".Tatabahasa15.07.2015
Saya ada menerima surat bayaran royalti dari pihak tuan, dan bayaran itu akan dikereditkan ke akaun giro saya tetapi suka saya maklumkan bahawa saya memohon pihak tuan supaya memasukkan bayaran royalti itu kepada akaun Bank Islam saya iaitu no. akaun : 08-031-02-030675-9 (ROSLEE BIN ABDUL WAHAB, 681204-08-5787).Untuk makluman tuan, akaun Giro sebelum ini tidak aktif. Dan sya juga nak maklumkan pertukaran alamat kerana saya telah berpindah iaitu di : 62, Persiaran Chandan 6, Tmn Chandan Puteri, 33000 Kuala Kangsar, Perak. Harap dapat tindaka dari pihak tuan. sekian terima kasih, ROSLEE ABDUL WAHAB 019-5101096 Utk rujukan tuan : DBP/6-6/SULIT/31-8943(32)

Kami telah menyemak rekod bayaran bagi buku tuan. Untuk makluman tuan, bayaran bagi buku tersebut telah dibuat menggunakan cek dan bukannya akaun GIRO. (Hal ini telah dimaklumkan kepada tuan melalui telefon oleh pegawai kami sebelum ini). Cek telah dipos kepada tuan pada 9/6/2009 ke alamat Sek. Men. Teknik Changkat Jong. Berkenaan pertukaran alamat pula, kami mengambil maklum akan hal tersebut. Segala urusan selepas ini akan menggunakan alamat tersebut. Terima kasih.

Lain-lain05.06.2009
saya inhin buat pengesahan ke atas papan tanda perniagaanPermohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan.

Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.
Lain-lain28.05.2022
12345678910...

Kembali ke atas